Wednesday, August 19, 2009

Tentera Israel dagang organ

(SUMBER KOSMO 20.08.09)
BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.
Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.
Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.
Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).
Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.
Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.
"Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah," katanya. - AFP

Wednesday, August 05, 2009

Makluman

Salam, pengendali laman ini telah pun berpindah ke laman baru Laman Blog e-Pendidikan Islam.
Di laman yang menyediakan bahan-bahan Pendidikan Islam untuk P & P.
Klik www.ependidikanislam.blogspot.com

Wednesday, August 15, 2007

Debaran menanti serangan AS

Debaran menanti serangan AS
Oleh MOHD ROSLAN MOHD SALUDINBuat sekelian kalinya, dalam sejarah ketamadunan, dunia diancam oleh satu lagi keadaan yang akan menyebabkan banyak negara akan mendapat tempias daripada apa juga yang bakal berlaku di Iraq.
Sebagai salah sebuah negara yang banyak mempengaruhi harga dan pasaran minyak antarabangsa, apa juga yang terjadi kepada Iraq dan rantau Teluk akan menyebabkan keadaan pasaran minyak dunia tergugat dan berada dalam keadaan tidak menentu buat beberapa ketika.
Sesungguhnya minyak mampu menggugat kestabilan ekonomi dunia lantaran ekonomi setiap negara yang saling bergantungan. Ini hakikat yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. Tidak ada negara yang boleh mengelak daripada merasai bahana peperangan yang bakal berlaku.
Dalam pada itu keseluruhan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia menunggu dengan menarik nafas penuh debaran kemungkinan - kemungkinan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan akibatnya kepada mereka masing-masing.
Jika benar seperti mana diberitakan oleh media bahawa mengikut laporan Pentagon, AS akan menyerang Iraq dua minggu selepas selesainya ibadat haji, bermakna peperangan dijangka berlaku sekitar lewat Februari atau awal Mac. Dilaporkan juga berhubung dengan kemungkinan penggunaan persenjataan yang sepuluh lebih dahsyat daripada yang pernah dialami Iraq pada peperangan 1991.
AS dikatakan sudah pun menghimpunkan 200,000 angkatan bersenjatanya di sekitar Teluk dan dikatakan memperuntukkan sejumlah hampir 60 bilion dolar (RM200 bilion) sebagai bajet peperangan keatas Iraq - satu jumlah yang melebihi lima kali ganda bajet pembangunan Malaysia bagi 2003.
Dalam keadaan yang sedemikian dunia, termasuk Malaysia berada dalam keadaan yang agak resah. Kerajaan sudah pun mengambil langkah-langkah awal bagi mempersiapkan diri untuk mengatasi sebarang kemungkinan yang tercetus akibat serangan AS ke atas Iraq.
Alasan yang digembar-gemburkan oleh AS dan sekutunya bahawasanya Iraq telah melanggar ketetapan resolusi 1441 yang antara lainnya memberi mandat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat status pemilikan dan pembangunan senjata pemusnah oleh Iraq. Resolusi 1441 juga menyebut tentang pencabulan resolusi PBB sebelum ini berhubung pematuhan Iraq terhadap perjanjian damai Iraq-Kuwait 1991 dan perkara berkaitan hak asasi manusia dan penglibatan Iraq dengan keganasan antarabangsa.
Kesemua ini dikatakan masih dalam siasatan PBB dan diberitakan pasukan penyiasat yang di ketuai oleh Hans Blix dan Dr. El-Baradei memerlukan lebih masa untuk menyiasat dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan PBB.
Persoalannya, hukum apakah yang diguna pakai oleh AS untuk menyerang Iraq? Tidak ada sebab bagi AS untuk menyerang Iraq sebelum kesemua tuduhan ke atas Iraq dibuktikan dan sebelum PBB selesai membuat siasatan dan secara jelas membuktikan kesalahan Iraq. PBB sahaja yang mempunyai mandat untuk menghalalkan serangan ke atas Iraq, bukannya AS.
Begitupun, jika inilah yang dijadikan alasan serangan ke atas Iraq, banyak negara lain yang patut diberi perhatian oleh AS saperti Korea Utara dan Israel yang masing-masing memenuhi salah satu atau dua kalau tidak semua kriteria memiliki senjata pemusnah, pencabulan hak asasi manusia dan penglibatan dengan keganasan.
Jelas apa yang lebih utama bagi AS ialah menyempurnakan cita-cita jahatnya yang tersirat melebihi daripada apa yang tersurat.
AS mempunyai agenda menguasai ekonomi dunia melalui penguasaan mutlak telaga dan pengaliran minyak di Teluk. Sejak Perang Dunia Kedua, AS menguasai ekonomi dunia dan menjadi kuasa utamanya. Kekuasaan mereka ke atas ekonomi dunia membolehkan mereka menguasai politik dunia.
Kekuasaan ini sebenarnya tidak pernah tercabar kecuali sewaktu minyak dijadikan senjata oleh negara-negara Arab pada tahun 70-an dan semasa wujudnya ancaman dalam perang dingin. Kini mereka telah berjaya meruntuhkan benteng Timur dan melihat satu-satunya ancaman ekonomi yang masih ada ialah bekalan minyak. Bukan menjadi rahsia bahawa dua pertiga daripada 1.6 juta tong minyak yang dikeluarkan Iraq sekarang digunakan oleh AS.
Sebagai penyimpan rizab yang kedua terbesar selepas Arab Saudi, Iraq dilihat mampu menggugat ekonomi AS dalam keadaan-keadaan tertentu dan oleh yang demikian pengguasaan telaga dan pengaliran minyak adalah menjadi strategik kepada AS.
Perang saraf dan psikologi terhadap Iraq dan negara Teluk seperti mana dilakukan kepada benteng Timur pada era perang dingin dahulu gagal menepati sepenuhnya matlamat ini walaupun mereka berjaya menguasai secara tidak langsung negara-negara minyak kecuali Iraq dan Iran.
Satu-satunys pilihan yang ada ialah menyerang Iraq dan mengubah rejimnya yang ada bila berkesempatan secara paksa.
Realiti semasa dunia unipolar pada hari ini yang wujud dengan keruntuhan benteng Timur difikirkan waktu paling sesuai bagi AS membinasakan Iraq dan memastikan tiada saingan dalam penguasaannya ke atas minyak dan seterusnya ekonomi dunia.
Kesempatan daripada sentimen anti-pengganas, anti-Arab, anti-Islam di AS yang memuncak selepas peristiwa 11 September digunakan sepenuhnya oleh AS untuk memulakan langkah awal menyerang Iraq. AS mungkin tidak ada peluang kedua selepas ini bagi meraih sokongan rakyatnya dan dunia kepada kempennya menyerang Iraq.
Faktor mengambil kesempatan juga dikatakan menjadi sebab tindakan perang ke atas Iraq apabila kelihatan kedudukan lemah kerajaan-kerajaan Islam di Asia Barat yang tidak berkemampuan bersatu dan menentang kuasa AS. Ini dibuktikan dengan kegagalan negara Islam bersatu menentang campur tangan AS di Afghanistan walaupun sebenarnya AS gagal menyelesaikan isu keganasan yang menjadi dalih mereka sewaktu menyerang Afghanistan.
Sebaik sahaja kerajaan sekutu AS di Afghanistan berjaya diwujudkan, Iraq kini dijadikan tumpuan. Sikap rejim Saddam Hussein yang anti-Barat dan anti-AS itu menyemarakkan dendam AS untuk menguasai Iraq melalui peperangan. Hasrat AS untuk menguasai politik Asia Barat hampir ke matlamatnya dengan penguasaan ke atas Iraq.
Dalam pada itu, perihal politik dan ekonomi dalaman AS sendiri dilihat sebagai di antara faktor yang tersirat serangan AS terhadap Iraq. Adalah tidak menjadi rahsia lagi bahawa peranan pelobi-pelobi dalam penentuan kepimpinan dan polisi AS.
Pelobi dari kumpulan yang berkepentingan di dalam industri pembinaan senjata AS umpamanya, mahukan Iraq diserang supaya industri mereka mampu terus produktif dan kekal beroperasi.
Pelobi dari kumpulan perindustrian minyak pula dahagakan kontrak dan peluang menerokai potensi minyak Iraq kerana peluang di Eropah dan AS semakin berkurangan akibat daripada rizab yang sudah hampir habis.
AS juga dikatakan akur dengan tekanan pelobi Yahudi yang gerunkan kekuatan Iraq di samping hasrat mengalihkan tumpuan dunia daripada penyelesaian masalah kemanusiaan yang lebih mendesak yang berlaku di Palestin berbanding di Iraq.
Kegagalan kerajaan Bush Jr. mengatasi masaalah ekonomi dan terhakisnya keyakinan rakyat AS kepada kesihatan ekonomi mendesak Bush menakutkan rakyatnya dengan momokan yang direka (Iraq) sebagai lebih mendesak berbanding permasalahan ekonomi yang dihadapinya. Ini dibuat supaya rakyat AS bersatu dan alpa kepada permasalahan dalaman sebenar pentadbirannya - sebuah pentadbiran yang dipilih ke White House melalui kemenangan yang tipis dalam sejarah pemilihan Presiden AS.
Kalau direnungkan, sebesar mana sangatkah ancaman Iraq berbanding ancaman blok komunis pada masa Perang Dingin dahulu yang mewajarkan ia diserang untuk kesekian kalinya?
AS dan sekutunya tidak pernah menyerang mana-mana blok negara komunis pada era perang dingin yang jelas mempunyai keupayaan pemusnahan yang berkali ganda lebih hebat dan dahsyat dari yang ada pada Iraq hari ini. Sudahlah keruntuhan ekonomi, kebuluran, kekurangan bahan makanan dan ubat-ubatan melemahkan Iraq dan rakyatnya, wajarkah kali ini mereka diserang habis-habisan?
Kenapa tiada tindakan kepada Korea Utara atau Israel jika soal menghapuskan ancaman senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dan keganasan menjadi alasan menyerang Iraq? Kenapa ada sikap dwi-standard diaplikasikan dalam kedua-dua kes ini?
Kenapa tidak tunggu sehingga PBB memutuskan dan membuktikan Iraq benar-benar bersalah saperti mana didakwa?
Kenapa isu keganasan ke atas penduduk Palestin dikesampingkan sedangkan disanalah saban hari keganasan dan pencabulan hak asasi manusia berleluasa. Jika benar rejim Iraq ganas apakah kurangnya keganasan Israel terhadap Palestin?
Amatlah malang bagi rakyat Iraq khususnya, mereka dihukum bunuh secara keseluruhan oleh AS dan sekutunya dengan alasan bahawa dunia tidak boleh menerima rejim Saddam Hussin. Sebagai memperkuatkan hujah mereka, mereka menuduh Saddam sebagai pengganas yang memiliki WMD dan mesti dihapuskan. Umat Islam di Iraq diugut dengan diberi kata dua sama ada mereka menghukum Saddam atau menghadapi serangan AS.
Sudahlah sekian lama - sejak 1991 rakyat Iraq telah disiksa dan dilemahkan melalui berbagai sekatan yang tidak berperi kemanusiaan. Ramai rakyat Iraq - kanak kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa terkorban dan tersiksa akibat daripada sekatan yang sedemikian, namun mereka tidak sekali-kali menyerahkan maruah mereka dan tunduk kepada AS dengan begitu mudah.
Saddam terus berkuasa dan terus mendapat sokongan daripada rakyatnya. Inilah hakikat yang tidak boleh diterima oleh AS.
September 11 menjadi titik tolak kepada sikap rakus AS menjadikan perang sebagai senjata menentang keganasan. AS menjadikan peperangan menentang keganasan sebagai penyebab untuk menyerang Afghanistan dan kini Iraq.
Umat Islam melihat keangkuhan AS ini sebagai pencabulan kepada nilai-nilai yang AS sendiri perjuangkan - demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia. Tidak hairanlah bahawasanya apa yang tersirat bagi AS lebih penting daripada yang tersurat dalam konfliknya dengan Iraq.
- Mohd Roslan Bin Mohd Saludin, Fellow, Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Mantapkan lagi SAR -- Ekoran rintangan semasa mengeluarkan mangsa Nuri terhempas

Mantapkan lagi SAR -- Ekoran rintangan semasa mengeluarkan mangsa Nuri terhempas
Oleh Ramli Abdul Karim

GENTING HIGHLANDS 19 Julai – Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter Nuri yang berdepan pelbagai rintangan merentasi hutan tebal selama tujuh hari sejak Jumaat lalu, berakhir hari ini.

Namun, pasukan mencari itu boleh dipercepatkan jika koordinasi dapat dimantapkan.

Seorang Ahli Parlimen kanan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mencadangkan agar diwujudkan pasukan khas SAR seperti Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Katanya, beliau akan membangkitkan cadangan itu di Parlimen pada sidang Ogos ini.

“Kita harap dengan penubuhan pasukan khas ini akan menjadikan misi mencari dan menyelamat lebih bersepadu,” katanya yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) kepada Utusan Malaysia.

Misi SAR nahas Nuri itu ditamatkan apabila mayat mangsa terakhir, juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, berjaya dikeluarkan dari banjaran Gunung Bunga Buah di Banjaran Titiwangsa pada pukul 9.35 pagi ini.

Ia diterbangkan helikopter Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima minit kemudian.

Mayat dua lagi mangsa, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd. Arof, 27, dan Kuartermaster Udara Sarjan Khusnizaim Ariffin, 34, pula dapat diterbangkan dari lokasi nahas ke HKL pada pukul 7.15 pagi ini.

Kedua-dua mayat mangsa sebenarnya telah dikeluarkan dari helikopter yang terhempas itu dan dibawa ke tapak pendaratan (LP) sementara kira-kira 200 meter dari lokasi nahas, malam tadi.

Namun, faktor hujan lebat dan keadaan gelap menyebabkan mayat mangsa tidak dapat dibawa keluar menggunakan helikopter atau jalan darat.

Tiga lagi mayat mangsa, Laskar Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27; Sarjan Azmie Md Yassin, 35, dan Laskar Kanan Saifulizam Alias, 28, dibawa keluar tengah hari semalam.

Dengan kejayaan membawa keluar mayat terakhir pagi ini, misi SAR itu ditamatkan 144 jam selepas Nuri berkenaan dilaporkan terputus komunikasi dengan menara kawalan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pukul 9.35 pagi Jumaat lalu.

Sementara itu, di lokasi nahas pada masa ini, difahamkan cuma tinggal 15 anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) yang ditugaskan mengawal bangkai helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Mereka adalah antara kira-kira 300 penyelamat yang dikerah ke lokasi nahas bagi mengeluarkan mayat mangsa sejurus bangkai helikopter dikesan pasukan SAR, pukul 1.24 petang, Selasa lalu.

Utusan Malaysia diberitahu, kesukaran membawa keluar mangsa bukan semata-mata kerana faktor kesulitan untuk mengeluarkan mereka yang tersepit dalam bangkai helikopter.

Malah, pasukan SAR yang kebanyakannya terdiri daripada anggota komando juga berdepan halangan untuk membawa naik mayat ke LP.

Antara faktornya ialah, tahap kecuraman tanah gunung menuju ke LP ada yang mencecah 85 darjah.

“Bayangkan pengusung mayat yang biasanya diangkat dua orang terpaksa dibawa kira-kira 10 orang, itu pun terpaksa ikat tali pada batang pokok untuk membolehkan ia ditarik naik.

“Semua anggota SAR yang terlibat membawa keluar mayat dari lokasi nahas, berdepan bahaya dan risiko terjatuh atau cedera.

“Namun, demi menjayakan misi ini, kami teguhkan hati memastikan ia berakhir selamat dan semua mangsa dapat dibawa keluar,” kata seorang anggota SAR yang ditemui hari ini.

Walaupun disertai 1,386 anggota pelbagai agensi termasuk tentera dan polis, namun pelbagai kesukaran dihadapi pasukan SAR ketika mendaki dan menuruni lurah, cerun atau permatang di Gunung Bunga Buah dan bukit-bukit berhampiran menyebabkan mereka hanya menemui bangkai Nuri itu pada Selasa lalu iaitu hari kelima misi dilancarkan.

Setelah ditemui, mangsa pula hanya dapat dikeluarkan semuanya dalam tempoh tiga hari iaitu dari Selasa hingga hari ini kerana faktor halangan gerakan darat dan udara.

Anggota SAR terutama Paskau yang terlibat di lokasi bangkai helikopter tiada pilihan selain meminta bantuan udara bagi menerbangkan kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan.

Ini kerana, misi membawa keluar mangsa melalui jalan darat hampir mustahil dilaksanakan kerana keadaan muka bumi yang sangat curam di samping faktor cuaca yang boleh membahayakan anggota SAR.

Lebih-lebih lagi, jika melalui jalan darat, kira-kira 15 anggota diperlukan mengusung satu-satu mayat menuju ke tanah lapang yang paling hampir iaitu Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira lima kilometer ke tenggara lokasi bangkai helikopter.

Perjalanan sejauh itu dengan melalui kawasan pergunungan curam dan beralun sangat menyeksakan pasukan SAR dan berisiko kepada mayat yang dibawa.

Ia juga menjadi antara faktor kelewatan pihak SAR menemui bangkai helikopter iaitu pada hari kelima misi atau 100 jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang.

Sukar padam dendam

Sukar padam dendam
Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)
SEORANG askar Iraq meninjau kesan serangan bom kereta berhampiran sebuah universiti di Baghdad susulan penggantungan Barzan dan Awad, dua hari lepas. – Reuters.
ASALNYA selepas serangan ke atas Iraq pada Mac 2003, seramai 55 pegawai di negara itu disenaraikan sebagai orang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).
Namun selepas hampir empat tahun berlalu, bilangan seramai 50 orang itu, termasuk Saddam Hussein sendiri yang berada di tempat pertama, kini semakin sedikit jumlahnya. Ini kerana mereka telah ‘dihapuskan’, sama ada mati, dibunuh, diberkas, dihumban ke penjara, menunggu dibicarakan dan sebagainya.
Sebagai contoh, Saddam telah pun menerima hukuman gantung sampai mati pada perayaan Aidiladha 30 Disember lepas. Dua anak lelakinya, Uday dan Qusay yang diletakkan di tempat kedua serta ketiga orang paling dikehendaki, maut dalam satu pertempuran dengan askar AS pada Julai tahun 2003.
Terbaru, kelmarin, dua menteri Iraq iaitu Barzan Ibrahim Al-Tikriti dan Awad Hamed Al-Bander turut menyusuli hukuman mati ke atas Saddam. Kedua-dua mereka masing-masing berada di kedudukan enam dan tujuh senarai orang paling dikehendaki oleh AS.
Saddam dan dua menteri itu dihukum atas kesalahan jenayah kemanusiaan terhadap pembunuhan 148 orang Syiah di sebuah perkampungan di Dujail pada tahun 1982.
Mereka yang ada dalam senarai berkenaan dan masih dibicarakan ialah Taha Yasin Ramadan, bekas Naib Presiden Iraq yang didapati bersalah atas dakwaan membunuh. Dua menerima hukuman penjara seumur hidup tetapi mahkamah rayuan menyebut ia terlalu ringan dan mendesak turut diputuskan hukuman mati.
Ada juga yang masih dibicarakan daripada jumlah 55 yang dikehendaki itu. Antaranya ialah berhubung jenayah di Anfal, kempen ke atas puak Kurdis pada tahun 1987 dan 1988. Mereka yang terlibat didakwa atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan – yang turut membawa hukuman mati.
Semua hukuman yang dijatuhkan, matlamatnya ialah mahu menurunkan jumlah atau putaran keganasan di Iraq. Itulah skrip yang telah diperkatakan berulang-ulang kali oleh AS dan pemimpin Iraq yang pro kepada Washington. Tetapi lebih daripada itu ialah hukuman yang dijalankan bermotif balas dendam.
Kalau indeks keganasan yang mahu mereka turunkan, AS sememangnya ada lebih daripada keupayaan, mereka mengawal keselamatan di Iraq, senjata mereka juga jauh lebih canggih berbanding pejuang yang melakukan keganasan kecil-kecilan. Tetapi, motif balas dendam ini yang sukar dipadamkan oleh AS dan pemimpin di Iraq.
Menyusuli waktu Saddam digantung, berita melaporkan bahawa lebih 20 orang maut. Sama ada itu adalah protes kepada kematian Saddam atau marah terhadap sesama puak, sukar dipastikan dalam keadaan Iraq yang huru-hara.
Tetapi semasa negara masih lagi dalam perang seperti yang dialami Iraq sekarang, hukuman itu barangkali bermotif politik kalaupun agama atau fahaman turut sama menyumbang.
Itulah sebabnya keganasan masih belum padam di Iraq, sekalipun skrip yang dibaca oleh Presiden George W. Bush ialah keamanan hampir pasti dicapai dengan penggemblengan tambahan 21,500 askar ke negara Teluk itu tidak lama lagi. Menyusuli penggantungan Barzan dan Awad ialah serangan bunuh diri dan letupan bom kereta di luar Universiti Mustansiriyah. Kejadian telah membunuh sekurang-kurangnya 65 orang serta mencederakan beratus-ratus yang lain.
Saddam, Barzan dan Awad mati dalam keadaan menghinakan. Itu sudah cukup kuat untuk memanggil rasa marah dengan ditukar kepada tindakan ganas. Saddam digantung ketika mana umat Islam sibuk menjalankan ibadat korban. Itu menghiris jiwa umat Islam, pengikut Saddam dan keluarganya. Kalau bukan orang Islam yang membalas penghinaan itu, ia mungkin dilakukan oleh pengikutnya, barangkali juga keluarganya terpanggil berbuat demikian. Maknanya, lingkaran keganasan itu masih belum boleh keluar daripada kepompongnya. Belum reda kemarahan kerana aib yang dilakukan ke atas Saddam, Barzan dan Awad pula digantung. Dalam hal ini, kumpulan hak asasi manusia lantang mengkritik cara mereka berdua dihukum. Kepala Barzan dilaporkan terputus semasa prosedur itu dilakukan. Kalau laporan itu benar, maknanya, ia berbalik semula kepada motif yang mahu membalas dendam semata-mata. Barzan, yang dipercayai berumur 55 tahun semasa mati turut menghidapi penyakit kanser.
Apabila Barzan dan Awad mati ketika mana kemarahan ke atas penggantungan Saddam masih belum reda, ini memberi ruang yang cukup selesa untuk keganasan terus berlaku.
Dalam keadaan di mana kematian Saddam terus menyebabkan ketegangan ketiga-tiga fahaman di Iraq semakin meruncing, hukuman masing-masing terhadap adik Saddam serta bekas Ketua Hakim Mahkamah Revolusi Iraq itu semakin memburukkan keadaan.
‘‘Di Iraq sekarang ada empat kumpulan utama iaitu yang menyokong Moqtada Al-Sadr; Nuri Al-Maliki, Jalal Talabani dan Tareq Al-Hashemi.
‘‘Moqtada ialah ulama Syiah yang berpengaruh tetapi melambangkan Iran, Nuri ialah Perdana Menteri Iraq berfahaman Syiah tetapi mendukung idea serta kecenderungan AS, Jalal mewakili Kurdis manakala Tareq pula menjadi suara pihak Sunah,’’ kata Timbalan Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Dr. Mohamad Redzuan Othman.
Beliau yang banyak membuat kajian mengenai Asia Barat menjelaskan, anggota empat kumpulan tersebut tidak senada sesama mereka dan mungkin melancarkan keganasan di antara satu sama lain.
‘‘Itu kumpulan besar, belum dikira kelompok-kelompok kecil yang berbincang hal melancarkan keganasan secara tidak formal. Itulah sebabnya, api putaran keganasan di Iraq ini tidak akan padam – tidak selepas Saddam dan konco-konconya dihukum,’’ ujar beliau.
Mengambil kira kenyataan itu, boleh sahaja dibuat kesimpulan, Iraq sebenarnya lebih daripada parah dan barangkali tidak boleh diselamatkan walaupun askar tambahan dikerah ke bumi berkenaan. Dalam hal ini, Saddam telah mati. Begitu juga Barzan, Awad dan anak-anak Saddam turut menerima nasib sama. Cengkaman kebanyakan mereka yang ada dalam senarai 55 dikehendaki AS juga telah lama hilang. Konco-konco Saddam yang lain pula dipenjarakan. Sama seperti ketika mereka hidup, kematian serta penangkapan mereka telah turut menyebabkan jurang fahaman etnik di Iraq semakin melebar. Benar, mereka telah mati atau ditangkap, tetapi legasi mereka hidup dan terus subur.

Sukar padam dendam

Sukar padam dendam
Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)
SEORANG askar Iraq meninjau kesan serangan bom kereta berhampiran sebuah universiti di Baghdad susulan penggantungan Barzan dan Awad, dua hari lepas. – Reuters.
ASALNYA selepas serangan ke atas Iraq pada Mac 2003, seramai 55 pegawai di negara itu disenaraikan sebagai orang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).
Namun selepas hampir empat tahun berlalu, bilangan seramai 50 orang itu, termasuk Saddam Hussein sendiri yang berada di tempat pertama, kini semakin sedikit jumlahnya. Ini kerana mereka telah ‘dihapuskan’, sama ada mati, dibunuh, diberkas, dihumban ke penjara, menunggu dibicarakan dan sebagainya.
Sebagai contoh, Saddam telah pun menerima hukuman gantung sampai mati pada perayaan Aidiladha 30 Disember lepas. Dua anak lelakinya, Uday dan Qusay yang diletakkan di tempat kedua serta ketiga orang paling dikehendaki, maut dalam satu pertempuran dengan askar AS pada Julai tahun 2003.
Terbaru, kelmarin, dua menteri Iraq iaitu Barzan Ibrahim Al-Tikriti dan Awad Hamed Al-Bander turut menyusuli hukuman mati ke atas Saddam. Kedua-dua mereka masing-masing berada di kedudukan enam dan tujuh senarai orang paling dikehendaki oleh AS.
Saddam dan dua menteri itu dihukum atas kesalahan jenayah kemanusiaan terhadap pembunuhan 148 orang Syiah di sebuah perkampungan di Dujail pada tahun 1982.
Mereka yang ada dalam senarai berkenaan dan masih dibicarakan ialah Taha Yasin Ramadan, bekas Naib Presiden Iraq yang didapati bersalah atas dakwaan membunuh. Dua menerima hukuman penjara seumur hidup tetapi mahkamah rayuan menyebut ia terlalu ringan dan mendesak turut diputuskan hukuman mati.
Ada juga yang masih dibicarakan daripada jumlah 55 yang dikehendaki itu. Antaranya ialah berhubung jenayah di Anfal, kempen ke atas puak Kurdis pada tahun 1987 dan 1988. Mereka yang terlibat didakwa atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan – yang turut membawa hukuman mati.
Semua hukuman yang dijatuhkan, matlamatnya ialah mahu menurunkan jumlah atau putaran keganasan di Iraq. Itulah skrip yang telah diperkatakan berulang-ulang kali oleh AS dan pemimpin Iraq yang pro kepada Washington. Tetapi lebih daripada itu ialah hukuman yang dijalankan bermotif balas dendam.
Kalau indeks keganasan yang mahu mereka turunkan, AS sememangnya ada lebih daripada keupayaan, mereka mengawal keselamatan di Iraq, senjata mereka juga jauh lebih canggih berbanding pejuang yang melakukan keganasan kecil-kecilan. Tetapi, motif balas dendam ini yang sukar dipadamkan oleh AS dan pemimpin di Iraq.
Menyusuli waktu Saddam digantung, berita melaporkan bahawa lebih 20 orang maut. Sama ada itu adalah protes kepada kematian Saddam atau marah terhadap sesama puak, sukar dipastikan dalam keadaan Iraq yang huru-hara.
Tetapi semasa negara masih lagi dalam perang seperti yang dialami Iraq sekarang, hukuman itu barangkali bermotif politik kalaupun agama atau fahaman turut sama menyumbang.
Itulah sebabnya keganasan masih belum padam di Iraq, sekalipun skrip yang dibaca oleh Presiden George W. Bush ialah keamanan hampir pasti dicapai dengan penggemblengan tambahan 21,500 askar ke negara Teluk itu tidak lama lagi. Menyusuli penggantungan Barzan dan Awad ialah serangan bunuh diri dan letupan bom kereta di luar Universiti Mustansiriyah. Kejadian telah membunuh sekurang-kurangnya 65 orang serta mencederakan beratus-ratus yang lain.
Saddam, Barzan dan Awad mati dalam keadaan menghinakan. Itu sudah cukup kuat untuk memanggil rasa marah dengan ditukar kepada tindakan ganas. Saddam digantung ketika mana umat Islam sibuk menjalankan ibadat korban. Itu menghiris jiwa umat Islam, pengikut Saddam dan keluarganya. Kalau bukan orang Islam yang membalas penghinaan itu, ia mungkin dilakukan oleh pengikutnya, barangkali juga keluarganya terpanggil berbuat demikian. Maknanya, lingkaran keganasan itu masih belum boleh keluar daripada kepompongnya. Belum reda kemarahan kerana aib yang dilakukan ke atas Saddam, Barzan dan Awad pula digantung. Dalam hal ini, kumpulan hak asasi manusia lantang mengkritik cara mereka berdua dihukum. Kepala Barzan dilaporkan terputus semasa prosedur itu dilakukan. Kalau laporan itu benar, maknanya, ia berbalik semula kepada motif yang mahu membalas dendam semata-mata. Barzan, yang dipercayai berumur 55 tahun semasa mati turut menghidapi penyakit kanser.
Apabila Barzan dan Awad mati ketika mana kemarahan ke atas penggantungan Saddam masih belum reda, ini memberi ruang yang cukup selesa untuk keganasan terus berlaku.
Dalam keadaan di mana kematian Saddam terus menyebabkan ketegangan ketiga-tiga fahaman di Iraq semakin meruncing, hukuman masing-masing terhadap adik Saddam serta bekas Ketua Hakim Mahkamah Revolusi Iraq itu semakin memburukkan keadaan.
‘‘Di Iraq sekarang ada empat kumpulan utama iaitu yang menyokong Moqtada Al-Sadr; Nuri Al-Maliki, Jalal Talabani dan Tareq Al-Hashemi.
‘‘Moqtada ialah ulama Syiah yang berpengaruh tetapi melambangkan Iran, Nuri ialah Perdana Menteri Iraq berfahaman Syiah tetapi mendukung idea serta kecenderungan AS, Jalal mewakili Kurdis manakala Tareq pula menjadi suara pihak Sunah,’’ kata Timbalan Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Dr. Mohamad Redzuan Othman.
Beliau yang banyak membuat kajian mengenai Asia Barat menjelaskan, anggota empat kumpulan tersebut tidak senada sesama mereka dan mungkin melancarkan keganasan di antara satu sama lain.
‘‘Itu kumpulan besar, belum dikira kelompok-kelompok kecil yang berbincang hal melancarkan keganasan secara tidak formal. Itulah sebabnya, api putaran keganasan di Iraq ini tidak akan padam – tidak selepas Saddam dan konco-konconya dihukum,’’ ujar beliau.
Mengambil kira kenyataan itu, boleh sahaja dibuat kesimpulan, Iraq sebenarnya lebih daripada parah dan barangkali tidak boleh diselamatkan walaupun askar tambahan dikerah ke bumi berkenaan. Dalam hal ini, Saddam telah mati. Begitu juga Barzan, Awad dan anak-anak Saddam turut menerima nasib sama. Cengkaman kebanyakan mereka yang ada dalam senarai 55 dikehendaki AS juga telah lama hilang. Konco-konco Saddam yang lain pula dipenjarakan. Sama seperti ketika mereka hidup, kematian serta penangkapan mereka telah turut menyebabkan jurang fahaman etnik di Iraq semakin melebar. Benar, mereka telah mati atau ditangkap, tetapi legasi mereka hidup dan terus subur.

Sunday, January 28, 2007

Di Luar Lingkaran: Syed Hussein Alatas ilmuwan sejati

Di Luar Lingkaran: Syed Hussein Alatas ilmuwan sejati
Bersama Johan Jaaffarzulujj@tm.net.my
SAYA sering menemui Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas di Amcorp Mall, Petaling Jaya sama ada pada Sabtu atau Ahad. Beliau akan berlegar-legar di ‘flea market’ kompleks membeli-belah itu sambil meneliti buku terpakai yang dijual. Beliau biasanya akan menghabiskan banyak masa di situ sambil berbual-bual dengan teman dan kenalan. Seperti selalu, bercakap dengan Syed Hussein bermaksud berdiri beberapa lama, dan beliau akan secara bersungguh-sungguh menghujahkan sesuatu.
Sub c1152_FSCommand(ByVal command, ByVal args)
Call c1152_DoFSCommand(command, args)
End Sub
function c1152_DoFSCommand(command, args) {
var args_arr = args.split(",");
var args_new = "";
var _m4u = false;
_m4u = args_arr[0];
for(var i=0; i
Pada malam Selasa lalu, Syed Hussein menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hilanglah sebutir lagi bintang di langit keilmuan negara. Beliau ialah tokoh pemikir terbilang disegani oleh sarjana serta ilmuan luar dan dalam negara. Beliau akan sentiasa diingat sebagai orang yang turut mencorakkan tradisi pemikiran bangsa dan negaranya. Bagi banyak orang, Syed Hussein mempamerkan pelbagai wajah. Sudah tentulah wajah keilmuannya paling menonjol. Beliau menulis pelbagai buku mencabar minda, menggugat pemikiran dan tidak kurang membangkitkan kontroversi dan kemarahan. Banyak orang mungkin lupa bahawa beliau pernah menjadi aktivis politik, malah seorang pengasas Parti Gerakan pada 1968. Parti itu adalah serpihan daripada Parti Buruh yang berkubur. Malah, banyak juga orang yang menuding jari menyalahkan pembabitan beliau dalam Parti Gerakan – yang bersama DAP – menjadi punca kemarahan orang Melayu pada Mei 1969. Kemenangan pembangkang di Kuala Lumpur yang dirayakan secara melampau menyebabkan tercetusnya Peristiwa 13 Mei tahun itu. Bagaimanapun, orang juga terlupa bahawa beliau ialah anak saudara Allahyarham Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno. Malah, apabila Umno ditubuhkan pada 1946 di Johor Bahru, beliau bukanlah terbabit sebagai pemerhati atau wakil, sebaliknya membantu menyusun kerusi dan meja untuk majlis yang amat bersejarah itu. Pelajar yang berusia 18 tahun pada ketika itu tentulah turut tertarik dengan apa yang berlaku – lantas mencorakkan sikap dan nilai beliau terhadap politik.Syed Hussein juga pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1958, mengetuai unit penyelidikannya. DBP baru berusia dua tahun ketika itu. Dia mengajar di Universiti Malaya (UM) dari 1963 sehingga 1967, kemudian menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura dari 1967 hingga 1978. Kemuncak kerjayanya di universiti ialah menjadi Naib Canselor Universiti Malaya (UM) selama tiga tahun mulai 1988. Beliau akan sentiasa dikenang kerana buku dan tulisan beliau dalam pelbagai jurnal. Malah, beberapa buah buku beliau sebenarnya adalah mercu tanda penting dalam sejarah keintelektualan bangsa. Banyak isu dalam masyarakat disentuh di dalam tulisannya – masalah orang Melayu, soal rasuah, peranan agama Islam dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau antara sarjana yang paling banyak membahaskan persoalan mengenai rasuah. Antara buku dan tulisan penting beliau mengenai rasuah ialah The Sociology of Corruption (1968), The Problem of Corruption (1986), Corruption: Its Nature, Causes and Functions (1990), Corruption and the Destiny of Asia (1999) dan Korupsi, yang pertama kali terbit di Indonesia pada 1987. Selama hampir sepanjang kariernya atau lebih 40 tahun, permasalahan rasuah menjadi obsesi beliau.Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Inggeris, beliau sekali lagi menegaskan bahawa rasuah adalah ‘masalah paling serius di dunia, terutama di Dunia Ketiga.’ Beliau berpendapat jika isu rasuah tidak ditangani, isu lain tidak akan dapat diselesaikan. Dalam konteks Dunia Ketiga, rasuah sudah menjadi barah yang serius sekiranya dibiarkan.Beliau melihat sebahagian besar puncanya daripada pimpinan. Lagipun punca segala kejahatan manusia bermula daripada pemimpin. Jika pimpinannya rasuah, maka rasuah akan menular ke semua tempat. Ditanya mengapa rasuah berleluasa, jawapan beliau (dengan izin, memetik ungkapan asalnya dalam bahasa Inggeris), because there is little public anger. Apa yang perlu ialah masyarakat menganggap jijik perlakuan itu dan rakyat turut menyatakan kemarahan yang jelas terhadapnya. Beliau percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai keyakinan dan kekuatan politik untuk memerangi rasuah. Bagi beliau, rakyat pula harus mengambil kesempatan untuk bersama-sama dengan Pak Lah menyatakan kebencian terhadap rasuah di negara ini.Syed Hussein juga menulis sebuah buku yang amat penting bagi membetulkan bias dan prasangka terhadap rakyat pribumi. Buku berjudul The Myth of the Lazy Native (1977) menarik perhatian dunia intelektual. Beliau menyangkal teori penjajah bahawa rakyat pribumi pada dasarnya malas. Mitos mengenai pribumi malas ini juga nampaknya dipanjangkan oleh kelompok elitis pribumi sendiri. Beliau melihat bahayanya kenyataan umum dibuat mengenai kemalasan pribumi. Beliau menganggap ada faktor sosial dan budaya yang mempengaruhi. Misalnya seorang kakitangan awam yang dilihat tidak membuat kerja dengan cekap dan bersungguh-sungguh bukan disebabkan beliau dilahirkan malas sebaliknya pengawasan yang kurang daripada ketuanya.Beliau juga banyak menghujahkan mengenai kurangnya wacana intelektual di kalangan rakyat Malaysia. Dalam bukunya, Intellectuals in Developing Societies, 1977, (diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Intelektual di Negara Membangun dan diterbitkan oleh DBP), beliau menghujahkan mengenai kurangnya kelompok yang berfikir (the thinking group) di dalam negara ini. Beliau tidak mahu membataskan definisi pemikir atau intelektual pada sekadar yang mempunyai pelajaran tinggi. Oleh itu, beliau lebih senang memanggil kelompok ini ‘intelligentsia.’Kelompok ini tidak perlu datang daripada kalangan sarjana universiti sebab tidak semua mereka boleh dianggap pemikir. Mereka boleh datang daripada kalangan wartawan, penulis, malah ketua kesatuan sekerja atau ahli politik. Inilah yang sepatutnya menjadi teras ‘kumpulan pemikir’ itu. Lebih penting lagi, media harus bersimpati terhadap mereka dan media boleh membantu membangkitkan kesedaran umum mengenai tradisi berfikir.Apa yang berlaku dalam banyak negara membangun ialah kurangnya tradisi ‘mengupas’ sesuatu isu semasa secara mendalam. Kita sering mengambil pendirian pragmatik terhadap sesuatu masalah. Kita perlukan air maka kita buat takungan atau empangan dan salurkan air kepada rakyat. Tetapi tidak ada yang memikirkan bagaimana saluran air itu tidak tercemar, tidak merosakkan alam sekitar, kekal bersih dan yang lebih penting lagi tidak terputus. Ini bukan kerja jurutera dan ahli teknik air. Ia memerlukan pemikiran mendalam dan tuntas.Demikianlah Syed Hussein dalam beberapa contoh mengajak kita berfikir di luar kotak. Beliau ialah contrarian yang mahu mengajak orang lain berfikir di luar lingkaran. Beliau tidak berpuas hati dengan hanya mengiakan pemikiran dalam buku Revolusi Mental yang digerakkan Umno atau The Malay Dilemma oleh Dr Mahathir Mohamad. Beliau menghasilkan buku Siapa Yang Salah (1972) yang mempersoalkan hujah di dalam kedua-dua buku itu. Beliau juga banyak menulis mengenai Islam. Antara buku terawal beliau ialah The Democracy of Islam (1956) yang membincangkan mengenai konsep demokrasi yang berteraskan pada kepemimpinan bermoral. Sebuah buku lain mengenai Islam dalam bahasa Melayu ialah Islam dan Masyarakat (1959) yang juga pengenalan mengenai pemikiran sosial dalam Islam. Mungkin orang melihat hanya pada tulisannya yang menimbulkan kontroversi atau gagasannya yang luar biasa. Kita harus mengakui bahawa beliau mendahului zamannya dalam banyak hal. Beliau berani menyatakan yang benar, walaupun menjadikan beliau tidak popular. Itulah peranan pemikir, membezakan yang benar dengan yang salah dan menyatakan kebenaran demi kebaikan semua – tanpa takut dan berasa rugi kerana tindakan itu. Syed Hussein akan diingat sebagai contoh ilmuan sebenar yang mengabdi dirinya pada tradisi kesarjanaan. Bagi teman beliau, Syed Hussein tidak pernah luntur semangatnya untuk meletakkan tradisi ilmu di tempat yang mulia. Bagi bangsanya, beliau bukan saja penelaah dan pengkritik, tetapi juga memberikan penyelesaian dan alternatif. Malaysia kehilangan seorang tokoh yang sebenarnya terbilang dari segi pemikiran dan wibawanya.INTI PATIPerjuangan Profesor Syed Hussein Alatas
Turut mencorakkan tradisi pemikiran bangsa dan negara.
Menulis buku mencabar minda, menggugat pemikiran dan tidak kurang membangkitkan kontroversi dan kemarahan.
Pernah menjadi aktivis politik, malah seorang pengasas Parti Gerakan pada 1968.
Anak saudara Allahyarham Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno.
Berkhidmat di DBP pada 1958, mengetuai unit penyelidikan. Mengajar di Universiti Malaya dari 1963 sehingga 1967, kemudian menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura dari 1967 hingga 1978. Naib Canselor Universiti Malaya selama tiga tahun.
Beberapa buah buku beliau sebenarnya mercu tanda penting dalam sejarah keintelektualan bangsa.
Antara sarjana paling banyak membahaskan persoalan rasuah.
Menulis sebuah buku membetulkan bias dan prasangka terhadap rakyat pribumi.
Seorang contrarian yang mahu mengajak orang lain berfikir di luar lingkaran.

Sunday, January 21, 2007

Netanyahu Ajukan Ahmadinejad ke Pengadilan

Netanyahu Ajukan Ahmadinejad ke Pengadilan

JERUSALEM, MINGGU - Pemimpin oposisi, yang juga mantan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari Minggu (21/1) mengatakan akan mengajukan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke Mahkamah Internasional. Ahmadinejad dituduh mengeluarkan pernyataan yang menghasut untuk melakukan genosida.
"Kami sedang bekerja untuk mengajukan Ahmadinejad ke pengadilan sebagai penjahat perang karena menyerukan genosida," kata Netanyahu dalam sebuah konferensi di Herzliya. "Deklarasi universal tentang hak asasi manusia tahun 1948 tidak hanya melarang tindakan genosida, tetapi juga hasutan melakukan genosida," ujarnya.
Ahmadinejad pernah menyatakan bahwa peristiwa pembantaian besar-besaran pada masa pendudukan Nazi hanya mitos belaka dan menyerukan agar Israel dihapus dari peta dunia. Iran juga pernah menggelar konferensi holocaust yang mengundang kontroversi beberapa waktu lalu.
Netanyahu mengatakan sedang melobi tokoh-tokoh internasional dan telah berdiskusi dengan para diplomat tentang inisiatif tersebut. Netanyahu merencanakan mengunjungi Inggris pekan ini untuk melobi para pejabat di negara tersebut.
"Saya meminta kepada seluruh dunia, yang tidak menghentikan holocaust waktu itu, untuk menghentikan segala bentuk holocaust di masa kini," ujar Netanyahu. "Tidak perlu menunggu PBB memberlakukan sanksi Dewan Keamanan," katanya.
Tetap menantang
DK PBB telah menjatuhkan sanksi kepada Iran atas aktivitas nuklirnya pada 23 Desember 2006. Namun, hari Minggu kemarin, Ahmadinejad mengatakan bahwa sanksi PBB tidak bisa menghentikan Iran walaupun ada 10 sanksi yang akan dijatuhkan. Iran tidak akan mundur dari aktivitas pengayaan nuklir karena ditujukan untuk kepentingan energi.
Israel menolak untuk mengesampingkan pilihan tindakan militer pre-emptif, seperti yang pernah dilakukan Israel saat menyerang reaktor nuklir Irak tahun 1981. Namun, para pengamat mengatakan, kekuatan nuklir Iran terlalu besar untuk ditangani Israel sendirian.
Netanyahu terus menyuarakan sikap agresif untuk menghadapi Iran. Dia menawarkan sanksi sukarela, yang berbeda dengan sanksi PBB, yang dianggap lebih efektif. Dia mencontohkan kasus apartheid di Afrika Selatan yang berhasil ditangani dengan sanksi semacam itu. "Saat bola salju sanksi sukarela itu mulai menggelinding, tekanan terhadap Iran akan menjadi sangat besar," katanya. (AP/Reuters/FRO)
Terkenang Bah Merah
Oleh Mona Ahmad
Hujan tanpa henti selama 10 mengakibatkan banjir besar di Kelantan

GELOMBANG banjir besar yang melanda Johor ketika ini memang tidak terduga kerana bencana itu sering dikaitkan dengan negeri Pantai Timur terutama ketika musim tengkujuh.
Namun, penderitaan dan kesukaran dialami orang Johor membuatkan penduduk Kelantan terkenang kembali pahit getir menghadapi banjir besar yang pernah melanda negeri itu beberapa kali sebelum ini.Hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan kerana turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk.Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar atau Bah Merah melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas.PEGAWAI British (dari kiri)Mr Ferrier, Dr Tailor, Mr Kempdan Mr Worham berdepan banjirbesar di Kota Bharupada 1927.Mengikut penduduk setempat nama Bah Merah diberikan berikutan banjir yang luar biasa ini airnya berwarna kemerah-merahan kerana lumpur daripada bahagian hulu negeri ini.Seorang warga emas, Yahya Hassan, 90, yang masih tidak dapat melupakan kejadian banjir besar pada 1926 menceritakan warna banjir bertukar daripada warna teh susu kepada merah kerana dipercayai ada bukit di bahagian hulu sungai runtuh dan mengakibatkan banjir lumpur.Beliau yang berasal dari Kampung Sireh, di sini, berkata, disebabkan hujan tanpa henti itu, kebanyakan tanaman penduduk kampung termasuk sireh turut musnah."Bayangkan di Bulatan Kijang (Jalan Hamzah), air naik hingga paras lutut. Tempat itu dikira agak tinggi daripada tebing sungai. Masa itu, kawasan Masjid Jamek Muhammadi juga air terlalu deras sehingga melepasi kepala manusia."Kelantan ini, kalau dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan 1967. Pada masa itu, pakcik masih ingat memotong empat tin minyak tanah dan disambungkan dengan paku untuk dijadikan perahu."Masa itu masih kanak-kanak, memang seronok menaiki perahu daripada tin itu mengelilingi kampung. Tidak takut pun dihanyutkan air deras," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Kubur Kuda, di sini, semalam.Bah Merah pada kedua-dua tahun itu turut merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut yang mengakibatkan serambi serta beberapa bahagian masjid termasuk tiang dihanyutkan ke sungai.Ketika banjir besar itu, imam tua Masjid Pasir Pekan ketika itu, Allahyarham Wan Ahmad Wan Abdullah dikatakan terlihat mimbar masjid hampir dihanyutkan arus.Beliau dan beberapa orang lain berjaya menyelamatkannya dan mimbar itudibawa pulang ke Masjid Pasir Pekan, Tumpat dan digunakan hingga sekarang.Pesara Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ibrahim Affandi Ahmad, 77, tidak dapat melupakan kejadian Bah Merah pada 1967 kerana kehilangan dua rakan sekerja."Apabila air naik di Bukit Panau, Tanah Merah, kereta api tidak boleh beroperasi. Lima rakan sekerja, semuanya pemandu kereta api menaiki bot dari Kuala Krai untuk ke rumah masing-masing di kuarters Tumpat. "Setiba di Jambatan Sultan Yahya Petra, bot itu terbalik akibat terlanggar tiang jambatan dan semua penumpangnya hanyut. "Dua dari lima rakan pakcik, Hassan Laut dan Muhamad Yatim meninggal dunia dan mayat mereka dijumpai keesokan harinya, masing-masing di Kampung Laut, Tumpat dan Kedai Buluh, Pantai Cahaya Bulan. Tiga lagi pandai berenang dan selamat," katanya yang ketika itu tinggal di kuaters kakitangan KTMB Tumpat.Bagi ratusan penghuni rumah rakit pula di sepanjang Sungai Kelantan, pengalaman menghadapi Bah Merah pada 1967 paling mencemaskan kerana berdepan dengan arus deras, ribut dan angin kencang. Surirumah, Mek Som Ali, 68, berkata dia masih ingat arwah ibunya, Wan Mah, hampir setiap masa mengingatkannya supaya tidak keluar dari rumah kerana khuatir dihanyutkan air deras."Makcik masih ingat, arwah ibu sering pesan, jangan keluar rumah nanti jatuh dan mati. Memanglah, ketika itu, arus sungai terlalu deras sehingga berombak-ombak seperti di tengah laut."Orang dulu lain, kita sudah siap sedia setiap kali musim tengkujuh, bekalan makanan seperti beras sudah disimpan awal-awal. Jadi, tiada masalah. "Bagi penghuni rumah rakit ini tiada masalah kerana rumah kami akan turut naik mengikut pergerakan air kerana diikat dengan buluh di bahagian bawah dan diikat dengan empat tali besar di pokok yang ada di tebing sungai," katanya, di sini.Mek Som berkata, jiran yang tinggal di tebing sungai, ada yang terpaksa menumpang di rumah saudara mara kerana ketika itu tiada pusat pemindahan banjir seperti sekarang.Pada 2004, banjir besar turut melanda Kelantan dengan menyaksikan seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan termasuk Gua Musang dan Kuala Krai dinaiki air setinggi lebih dua meter.Banjir itu turut meragut 12 nyawa dan 11,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan.Rentetan kejadian bah besar yang kerap melanda itu menyebabkan bencana banjir musim tengkujuh sering dikaitkan dengan Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.

Wednesday, May 11, 2005

Oleh Wan Hamzah Awang

Oleh Wan Hamzah Awang
PERKARA pertama yang dilakukan Rasulullah s.a.w. ketika tiba dan menetap di Madinah ialah mendirikan masjid. Keutamaan baginda ketika itu ialah untuk menegakkan masyarakat Islam bersatu padu antara kaum ansar dan muhajirin. Dan masjid merupakan asas utama dan terpenting dalam pembentukan masyarakat Islam.
Ia tidak akan terbentuk dengan kukuh dan sempurna kecuali dengan adanya iltizam yang padu terhadap sistem, kekuatan akidah dan persefahaman sejati.
Di dalam negara Islam masa kini, pembinaan masjid sememangnya diutamakan dan diberikan perhatian. Masjid yang besar dan berharga berjuta-juta ringgit tidak akan memberi impak yang besar juga kalau tidak dimakmurkan.
Agak sedih apabila kita melihat pada masa ini, masjid yang luas ruang solatnya hanya dihadiri beberapa `kerat' manusia untuk bersolat, beriktikaf dan berzikir. Ia hanya penuh pada hari jumaat tetapi tidak pada hari-hari lain.
Di antara sistem dan prinsip Islam ialah menyebarkan ikatan ukhuwah sesama Islam. Prinsip ini boleh terlaksana sekiranya masjid berfungsi dengan sempurna dan para jemaah memakmurkannya.
Di masjid, kebiasaannya kita lupa tentang pangkat, darjat dan keturunan. Kita adalah sama semasa di dalam masjid. Dengan persamaan sebagai hamba Allah itulah kita boleh menjalin kemesraan dan persahabatan.
Selagi kaum Muslimin tidak memakmurkan masjid, selama itulah tidak akan terbentuk ukhuwah yang diharapkan. Ini kerana masjid penting dalam kehidupan umat Islam seluruh dunia. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., masjid bukan sekadar digunakan sebagai tempat solat dan iktikaf tetapi peranannya lebih luas. Suatu ketika dulu ia pernah menjadi pusat kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah Is-
lamiah. Pendek kata masjid adalah pusat aktiviti umat Islam.
Sejak zaman Rasulullah lagi, kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Ia dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah, malah perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu serta pelbagai lagi.
Bangunan masjid pada zaman nabi dulu juga tidaklah sehebat dan secanggih masjid pada zaman ini. Ia hanya berlantaikan tanah, manakala dinding dan atapnya daripada pelepah kurma. Namun, ia dapat memainkan peranan yang berkesan dan berfungsi dengan baik dan sempurna. Sungguhpun ia tidak hebat dari segi bangunannya tetapi para jemaahnya terdiri dari kalangan orang-orang yang hebat, kuat imannya dan tinggi semangat juangnya.
Hebatnya masjid dan ummahnya pada zaman nabi disebabkan ia berfungsi dengan betul. Kegiatan ekonomi juga bermula dari masjid, di sinilah Baitulmal dibentuk, tempat menghimpun dana daripada orang-orang kaya yang kemudiannya diagihkan kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan.
Daripada kegiatan yang dijalankan, umat Islam menjadi kuat dan teguh serta lahirlah tokoh-tokoh berjasa yang sehingga kini kita kenang dan sanjung, di antaranya Abu Bakar as-Siddik, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan banyak lagi.
Kehebatan fungsi masjid pada zaman Rasulullah disebabkan beberapa faktor, di antaranya:
i. Tingkat kesedaran tinggi umat Islam dalam pegangan (iman) dan nilai-nilai ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.
ii. Pembina dan pengurus masjid mampu melaksanakan aktiviti masjid dengan keperluan masyarakat setempat dan status sosialnya.
iii. Wujudnya kesamaan cita-cita dan harapan antara pemerintah, pemimpin dan rakyatnya, khususnya antara pengurusan masjid, ustaz, khatib dan para jemaahnya.
Tiga faktor ini merupakan kunci kejayaan yang boleh dicapai sekira-
nya semua berniat ikhlas terhadap Allah untuk memajukan umat Islam.
Masjid yang kecil dan tidak cantik, tidak mendatangkan masalah, yang penting jemaahnya berhati besar, bercita-bercita, bersatu padu untuk memajukan ummah. Berbeza pada masa kini, bentuk fizikal masjid sahaja yang hebat tetapi jemaahnya tidak hebat.
Di negara kita masjid bukan sahaja termasuk dalam kategori hebat, besar, indah tetapi mahal pula harganya, cuma malangnya kehebatan itu tidak direfleksikan oleh kehebatan ummahnya.
Masjidnya hebat dan canggih tetapi ummahnya lalai dan lupa diri. Keimanan kita berada pada tahap yang rapuh dan lupa untuk memakmurkan masjid. Benarlah firman Tuhan dalam Surah at-Taubah ayat: 18 yang bermaksud: Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada sesiapa pun selain pada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk.
Kepentingan solat di masjid amat ditekankan oleh Allah dan Rasul-Nya. Penerangan dan peringatan mengenainya disebut dalam banyak ayat al-Quran dan pesan Rasulullah, di antara yang penting ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Menyempurnakan wuduk, mengajak orang ramai ke masjid, menunggu solat selepas solat, dapat membersihkan dosa-dosa. Sesiapa yang berulang alik ke masjid, sesungguhnya Allah menyediakan untuk mereka suatu tempat di syurga setiap kali mereka pergi dan balik.
Peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah boleh dijadikan iktibar menunjukkan betapa pentingnya solat di masjid. Seorang hamba Allah bernama Ibnu Ummu Maktum yang buta, selalu khuatir tentang keselamatan dirinya apabila keluar rumah untuk ke masjid kerana di Madinah ketika itu terdapat banyak serangga yang merbahaya dan perigi buta dalam perjalanan ke masjid.
Beliau berjumpa Rasulullah dan menceritakan keadaannya itu kepada Baginda: ``Tidak adakah kelonggaran supaya aku boleh bersolat di rumah?'' Baginda bertanya semula kepada Ummu Maktum: ``Adakah kamu mendengar azan?'' Ia menjawab: ``Ya!'' Rasulullah pun bersabda: ``Aku tidak mendapati sebarang kelonggaran untukmu.''
Daripada peristiwa ini membuktikan betapa pentingnya solat di masjid kerana masjid didirikan untuk kita beribadat dan menjalankan aktiviti keagamaan yang lain. Kalau fungsi ini kita abaikan, maka yang rugi adalah umat Islam sendiri.

Monday, May 09, 2005

Pegawai kerajaan digalak bukukan pengalaman bertugas

Pegawai kerajaan digalak bukukan pengalaman bertugas
PETALING JAYA 9 Mei - Pegawai-pegawai kerajaan digalak menulis pengalaman semasa bertugas untuk tatapan generasi akan datang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Perdana Menteri berkata, krisis-krisis besar negara yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai amat penting untuk dijadikan rujukan kepada pegawai-pegawai baru yang mentah dari segi pengalaman.
``Jika tidak dibukukan, generasi baru tidak tahu apa yang berlaku, kita belajar daripada kisah lalu, kenangan lalu dan kesilapan lalu,'' kata beliau.
Beliau berkata demikian di dalam ucapan pelancaran buku Service Par Excellence (Perkhidmatan Tiada Tolok Bandingnya) oleh Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Presiden Alumni PTD, Tan Sri Sallehuddin Mohamed dan ahli-ahli alumni.
Buku yang ditulis oleh Naib Presiden Alumni PTD, Datuk Wan Mansor Abdullah dijual pada harga RM60 untuk kulit tebal dan RM40 untuk kulit nipis dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Menurut Abdullah, beberapa peristiwa penting seperti tragedi pergaduhan di Kampung Medan, Petaling Jaya, tsunami dan krisis kewangan Asia pada tahun 1997 adalah peristiwa penting yang perlu direkodkan.
Beliau berkata, semua peristiwa penting yang dikendalikan itu adalah berdasarkan pengalaman seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
``Manakala tsunami dan krisis kewangan Asia pula kita tangani dengan cara kita sendiri tanpa meminta bantuan daripada pihak lain,'' jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan yang mengendalikan situasi itu membukukan pengalaman masing-masing.
Beliau yang juga pernah menjadi PTD sebelum berkecimpung dalam politik mengakui jawatan itu amat penting.
``Saya banyak belajar semasa berkhidmat di dalam PTD yang dahulunya dikenali dengan Perkhidmatan Awam Tanah Melayu terutamanya semasa saya beralih ke dunia politik,'' katanya

Saturday, April 23, 2005

Hari-hari di Sini

Malam menjalar,
ke ruang diri terpencil
dalam lautan kehitaman, kau hirup
bayang-bayang syaitan
berlegar di kamar
nyayian sayup menyamar
senyap kau merayap
ke seluruh sendi
kau hilangkan
ketakutan
atau kengerian
yang akan datang
dalam kehitaman itu
yang amat . .. .

Monday, April 11, 2005

NS pula mahu pinjam KWSP -- Bayar pampasan RM250j kepada peneroka Felda Sendayan

NS pula mahu pinjam KWSP -- Bayar pampasan RM250j kepada peneroka Felda Sendayan
Oleh: ZALINA YAHAYA

SEREMBAN 10 April - Belum pun selesai isu `panas' Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kerajaan Negeri Sembilan pula bercadang meminjam RM250 juta daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pinjaman tersebut diperlukan oleh kerajaan negeri untuk membayar pampasan kepada bakal jutawan iaitu peneroka tanah rancangan Felda Sendayan dekat sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan cadangan kerajaan negeri itu berkata:

``Kerajaan mengambil risiko yang amat tinggi (dengan meminjam daripada KWSP).

``Kita kena pulangkan balik duit itu bersama-sama faedahnya.''

Di bawah satu formula kerajaan negeri, setiap peneroka akan menerima bayaran pampasan sebanyak RM1.1 juta.

Daripada jumlah itu, peneroka akan memperoleh RM550,000 wang tunai dan bakinya dalam bentuk aset iaitu tanah seluas 0.4 hektar serta rumah teres dua tingkat bernilai lebih RM200,000.

Menurut Mohamad, pihaknya kini sedang membuat perincian akhir berhubung perbelanjaan yang akan terlibat dalam formula pembayaran pampasan kepada peneroka terbabit.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung isu bayaran pampasan kepada peneroka Felda Sendayan.

Sebelum ini, cadangan PTPTN memohon pinjaman pendidikan 2005 sebanyak RM2 bilion buat kali ketiga daripada KWSP menjadi isu `panas' apabila dibantah oleh banyak pihak termasuk MTUC dan Cuepacs.

Isu ini bermula apabila PTPTN mendedahkan masalah yang mereka hadapi untuk mendapatkan semula pinjaman beribu-ribu ringgit daripada bekas-bekas pelajar.

PTPTN sebelum ini telah meminjam RM4 bilion daripada KWSP untuk pendidikan bagi tahun 2003 dan 2004.

Bagi membolehkan PTPTN beroperasi sekali lagi, pihaknya memohon sekali lagi kepada KWSP iaitu sebanyak RM2 bilion.

Mohamad memberitahu, kerajaan negeri terpaksa mengambil risiko dengan meminjam daripada KWSP.Sehubungan itu Menteri Besar berharap penduduk di Felda berkenaan menerima pakej pembayaran pampasan yang akan dicadangkan kepada mereka tidak lama lagi.

``Kita harap mereka (penduduk Felda Sendayan) memberi sokongan dan menerima pakej yang ditawarkan. Kita tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain membantu mereka,'' katanya di sini, hari ini.

Pada 21 Mac lalu, Mohamad mengumumkan formula bayaran pampasan kepada peneroka Felda Sendayan yang akan menjadikan mereka jutawan segera jika mereka sebulat suara menerima tawaran berkenaan.

Katanya, setelah semua pakej lengkap pembayaran pampasan itu dijelaskan, kerajaan negeri akan memberikan tempoh dua minggu kepada peneroka untuk membuat keputusan.

Tempoh tersebut jelas beliau termasuk untuk peneroka menarik balik segala tuntutan-tuntutan lama yang masih belum selesai sehingga kini di mahkamah.

Mohamad sebelum ini menegaskan, semua peneroka perlu menggugurkan tuntutan mereka di mahkamah jika mahu pembayaran pampasan itu dilaksanakan.

Seramai 154 peneroka Felda Sendayan telah memfailkan saman di mahkamah berhubung isu penjualan tanah di Felda ini.

Isu penjualan tanah peneroka Felda Sendayan bermula pada November 1996 apabila 68 penerokanya menandatangani satu perjanjian rasmi dengan Perbadanan Kemajuan Negeri melibatkan penjualan kira-kira 1,600 hektar tanah.

Penduduk Palestin kawal al-Aqsa

Penduduk Palestin kawal al-Aqsa


BAITULMAQDIS: Beratus-ratus penduduk Palestin berkawal di masjid al-Aqsa bagi menghadapi sebarang kemungkinan cubaan pelampau Yahudi untuk mencemar dan merobohkan masjid ketiga paling suci dalam Islam itu.



Pemimpin kanan Hamas, Hassan Yousef, yang berjaya menyusup masuk ke dalam masjid berkenaan meskipun tentera Israel melarang mereka yang berusia bawah 40 tahun memasuki kawasan itu, berkata al-Aqsa kini dalam bahaya berikutan usaha berterusan merobohkan masjid itu.

Beribu-ribu polis antirusuhan turut menutup Bandar Lama Baitulmaqdis semalam bagi memastikan pelampau Israel tidak memasuki kompleks al-Aqsa serta mencegah mereka mencetuskan rusuhan penduduk Islam Palestin.

Bagaimanapun, sejam selepas waktu yang ditetapkan untuk perarakan membantah pengunduran Yahudi dari Gaza itu hanya beberapa puluh pelampau Yahudi muncul di pintu gerbang Bandar Lama, berbanding kenyataan awal kumpulan Yahudi yang menyatakan perarakan itu mungkin membabitkan lebih 10,000 Yahudi.

Bagaimanapun, menteri polis Israel mengesahkan, usaha pelampau Yahudi itu berjaya mencapai matlamat mereka kerana memaksa seluruh kekuatan tentera Israel dikerah ke kawasan Baitulmaqdis.

Ketegangan di kota suci itu berlaku sehari selepas tentera Israel menembak mati tiga remaja Palestin di Gaza dan mencetuskan kebimbangan gencatan senjata goyah sejak dua bulan lalu akan berkubur.

Pergeseran itu mencemari lawatan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon ke Amerika Syarikat untuk berunding dengan sekutu dan pembiaya utama Israel, Presiden George W Bush berhubung pelan pengunduran dari Gaza dan mendapatkan restu pembinaan lebih banyak rumah Yahudi di Tebing Barat serta Baitulmaqdis Timur.

Pejuang Palestin melepaskan lebih 12 bom mortar sebagai reaksi terhadap pembunuhan remaja itu tetapi semua kumpulan pejuang utama Palestin menegaskan, mereka tetap akan mematuhi gencatan senjata.

Bagaimanapun, kumpulan pejuang itu menegaskan, gencatan senjata itu akan berakhir jika pelampau Yahudi dibenar memasuki kompleks al-Aqsa.

Beberapa belas pelampau Yahudi ditahan semalam ketika mereka menghampiri tembok di Bandar Lama. Lebih 3,000 polis, kebanyakannya dilengkapi peralatan antirusuhan, mengawal kompleks itu yang sebelum ini menjadi punca meletusnya beberapa keganasan.

Menteri Kepolisian Israel, Gideon Ezra berkata, kumpulan pelampau Yahudi Revava, yang sebelum ini mengancam mengerahkan beribu-ribu Yahudi, berjaya memastikan pasukan keselamatan sibuk.

Penganjur perarakan pelampau Yahudi itu semalam berkata, pelan perarakan itu sebenarnya menjadi ujian terhadap pengunduran ketika musim panas di Gaza apabila beribu polis dan tentera terpaksa dikerahkan untuk mengosongkan 21 penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza dan empat lagi di Tebing Barat.

Kumpulan pelampau berkata, mereka berharap dapat memastikan polis hilang tumpuan dengan terpaksa mengadakan kawalan di Baitulmaqdis, menyebabkan pelan pengunduran itu gagal.

Israel meningkatkan kawalan keselamatan ke atas kompleks al-Aqsa berikutan ancaman cubaan menyerang kompleks itu. Antara senario yang mungkin berlaku adalah serangan menggunakan roket ke atas masjid itu serta Kubah Batu, yang dijadikan simbol kompleks al-Aqsa.

Bekas ketua perkhidmatan keselamatan Shin Bet, Carmi Gilon, berlaku jika pelampau Yahudi melancarkan serangan sedemikian, Israel terhumban ke kancah peperangan dengan seluruh dunia Islam. – Agensi

Monday, March 21, 2005

Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005

Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005
DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 pada 3 hingga 6 Jun ini dalam usaha mengumpul dan menggerakkan tenaga muda dalam dunia sastera Malaysia.

Perhimpunan yang dikelolakan oleh Persatuan Penulis Nasional (Pena) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) itu akan diadakan di Kukup Golf Resort dan Tanjung Piai Resort.

Adalah dijangkakan, perhimpunan itu akan disertai oleh 300 orang penulis muda dari seluruh negara.

Sehubungan itu penulis muda yang berminat dialu-alukan menyertai perhimpunan ini. Mereka boleh menghantar biodata seperti nama, nama samaran, alamat dan nombor untuk dihubungi serta salinan karya mereka yang pernah disiarkan atau diterbitkan kepada Sekretariat Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005, Rumah Pena, 961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 03-21425824 atau melalui e-mel: smzakir90@hotmail.com.

Tarikh tutup penyertaan adalah 14 April ini.

Sunday, March 13, 2005

Benteng artifisial puisi Melayu

Benteng artifisial puisi Melayu
Oleh: SAIFUL NUJAIMI ABDUL RAHMAN

(Bahagian Pertama)
TANPA prasangka, puisi merupakan karya seni yang berupaya berdiri teguh secara sendirian tanpa perlu berkhidmat untuk sesiapa. Puisi tidak wajar dizahirkan untuk tujuan lain selain untuk berpuisi. Ia tidak harus dinilai oleh prinsip retorik moral, mahupun disukat dengan berjana politik ataupun sebarang piawaian yang bukan estetik.

Pun begitu, tidak bermakna puisi itu anarkis kerana sebagai karya seni tulen, ia mengandungi unsur-unsur pendidikan yang mempengaruhi pembentukan masyarakat dan budaya masa hadapan.

Penulis dan ahli falsafah Jerman seperti Kant, Goethe dan Schiller, misalnya, bersependapat bahawa karya seni haruslah mempunyai autonomi atau hak sendiri ke atas hasil ciptaan berbentuk seni. Idea seni untuk seni begitu jelas dalam perbincangan Victor Hugo dalam bahagian prakata Cromwell (1827) dan Hernani (1830). Pun begitu, beliau sama sekali tidak meminggirkan persoalan moral meskipun tidak semestinya menjadi asas untuk diberikan fokus puitik.

Puisi sebetulnya merupakan santapan jiwa dan halwa raga kepada sesebuah masyarakat yang bertamadun. Legasi puisi dalam membina jati diri bangsa-bangsa teragung telah sekian lama dipaterikan dalam lembaran-lembaran sejarah dunia.

Ironisnya, peranan puisi di negara kita pada dekad-dekad ini dianggap tidak lagi relevan oleh sesetengah pihak. Apatah lagi bidang sastera sudah lama dipinggirkan demi mengejar janji-janji alaf. Generasi hari ini tidak lagi memandang aliran sastera, apatah lagi bidang puisi, sebagai salah satu tonggak moral dan teras jati diri sebuah masa depan yang bermaruah.

Tegasnya, aliran sastera hari ini tidak lagi berupaya menjadi gerbang impian yang menjanjikan harta dan laba untuk kesejahteraan masa hadapan bagi generasi muda. Ditambah pula dengan sikap kebanyakan orang kita yang gemar mengejar sesuatu yang baru dan mencicirkan apa yang dikendong sekian lama. Walhal, bukan itu gagasan dan aspirasi negara.

Anehnya, dalam seluruh kegawatan masa hadapan buana puisi negara yang tidak ketentuan ini, sesetengah penggiat puisi kita masih leka berpolemik sesama sendiri. Sesetengahnya lebih gemar membentuk kelas tertentu dalam menilai mutu seni sesebuah karya puisi. Tidak kurang pula yang menyokong usaha pengelasan sebegini demi menjayakan agenda peribadi untuk mengangkat hasil karya sendiri.

Jangan terkejut jika dikatakan bahawa puisi hari ini terbahagi kepada kelas-kelas tertentu. Ia bukanlah fenomena globalisasi mahupun glokalisasi - bahkan ekoran daripada sikap kita sendiri yang kurang ambil peduli.

Secara umumnya, masyarakat sudah arif dengan mutu dan nilai seni mahakarya-mahakarya agung puisi-puisi garapan para Sasterawan Negara. Meskipun tidak akrab, tetapi kebanyakan daripada kita sudah biasa. Justeru, mercu pencapaian mereka tidak perlu dikupas bicara dan diragusangsikan lagi. Atas akauntabiliti seni, mereka berkarya untuk masyarakatnya.

Ironisnya, dalam kita mengiktiraf mercu-mercu yang terbina itu, kita diajak pula menolak jerih usaha para pemuisi lain yang juga membina mercu-mercu karya mereka dengan hala cara yang sedikit berbeza. Mereka memilih untuk menzahirkan makna karya secara terang-terangan.

Puisi yang mudah difahami sebegini dengan pantas dilabelkan oleh para sarjana sastera sebagai prosa puitis atau puisi prosaik yang rendah mutu seni ciptaannya. Manakala bagi mereka yang mengambil pendekatan untuk keluar daripada klise dan retorik puisi dengan tidak menzahirkan makna karya mereka pula akan dilabelkan sebagai `puisi atau sajak kabur'. Kedua-dua kategori ini dilabelkan berada pada kelas yang sama oleh sekelompok penilai kesusasteraan puisi Melayu.

Buana puisi Melayu sudah sekian lama berpolemik antara seni untuk seni atau seni untuk masyarakat. Mutu dan nilai seni yang dipiawaikan kepada kedua-dua kelas ini tidak perlulah dinyatakan lagi. Sudah terang lagi bersuluh.

Justeru, tidak hairanlah jika masa hadapan puisi negara dan para penggiatnya tidak ketentuan tuju dan kekaburan halanya. Masyarakat hari ini umumnya sudah tidak ambil peduli lagi perihal hidup mati dunia puisi tanah air. Mereka hanya mengenal puisi sekadar penyendal acara dan temasya. Hanya sesekali sahaja menjadi gah itu pun sesudah bencana dan trauma mengoyakkan peta-peta negara di pentas Sunda.

Puisi secara definisi mudahnya merupakan satu entiti bahasa perasaan yang terungkap pada darjat bahasa yang paling tinggi. Di dalamnya tergumpal limpahan perasaan yang diungkapkan melalui bait-bait kata yang mulus. Puisi yang lahir dari jiwa dan disuburkan oleh perasaan akan mengalir ke dalam jiwa masyarakatnya bagai air jernih di kali-kali sumur.

Seperti takrifan William Wordsworth: ``Puisi bersumber daripada limpahan perasaan yang kuat secara tiba-tiba. Bersamanya ada rentak, ada kata, dan ada perasaan yang dihubungkaitkan melalui bahasa yang dalam lagi pukal.''

Sebetulnya, puisi harus ditentukan oleh sifat-sifat dan bentuk yang berautonomi. Puisi yang memerlukan masa untuk difahami lazimnya akan bertahan lebih lama kerana bersandarkan nilai perasaan dan intelek penciptanya. Lambat-laun ia akan berupaya menjadi puisi yang bermutu dan berkesan.

Percaya dan yakinlah, betapa sekalipun ringkas sesebuah puisi itu, ia tetap memiliki roh tersendiri. Bersamanya terpancar aura minda dan arca keintelektualan penciptanya yang memacu bahasa sebagai medium perantaraan antara karya dengan masyarakatnya.

Justeru, sekalipun bahasa yang digunakan oleh pemuisi agak sukar difahami, kita tidak harus terlalu mudah meletakkan puisinya sebagai tidak jelas apatah lagi sebagai karya yang kabur. Bukankah daya sensitiviti setiap individu itu berbeza?

Inilah sebahagian tragedi yang pernah menimpa sebahagian daripada para pemuisi yang berani berkarya melampaui batas klise dan retorik puisi konvensional. Antara mereka yang pernah dilabelkan karya mereka sebagai kabur ialah A.S. Amin, Noor S.I dan M. Ghazali (sekadar menyebut beberapa nama).

Mereka pernah diasingkan sebagai golongan yang tidak diberi pengiktirafan dalam konteks seni karya untuk masyarakat. Karya-karya mereka pantas digolongkan kepada sajak kabur dengan tafsiran yang tidak memihak kepada gaya ciptaan seperti itu dalam dunia puisi Melayu.

Pokok pangkalnya, puisi mana yang tidak kabur? Bila sahaja pemuisi menggunakan metafora dalam karya-karyanya, dengan sendirinya ia dikaburkan. Bahkan, jika dirujuk kepada istilah linguistik, sebarang ujaran yang memungkinkan dua tafsiran maksud sahaja, ia sudah dapat dikatakan ambiguous atau kabur.

Sebetulnya, mudah atau sukarnya sesebuah puisi difahami masyarakat tidak sesekali wajar menjadi kayu ukur kepada mutu dan nilai seninya. Bukanlah ia sebuah puisi jika tidak menerapkan elemen-elemen simbol, imejan dan yang seumpamanya sebagai metafora.

Kalau di benua Eropah, misalnya, puisi-puisi yang kabur seperti The Television oleh Anne Stevenson, misalnya, telah diiktiraf sebagai sebuah puisi contoh yang cemerlang. Dengan bahasa yang luwes, dia berpuisi:

Hug me, mother of noise,

Find me a hiding place,

I am afraid of my voice,

I do not like my face. /I>

Ajaibnya, para sarjana kesusasteraan mereka sekali-kali tidak melihat kekaburan sebagai kecapekan dalam berkarya. Sebaliknya mereka menyifatkannya sebagai cabaran bagi menguji tahap kebestarian mereka dalam memahami kamus makna puisi dan gedung minda penciptanya. Aduhai, berbezanya kita!

Tanyalah kepada pemuisi mana sekalipun, sesungguhnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk berkarya. Puisi pada konteks pra pengkaryaan yang paling mudah bermula dari komunikasi intrapersonal (dalaman) seorang pemuisi yang kemudiannya digarap dan dipersembahkan kepada masyarakatnya melalui saluran interpersonal

Tuesday, February 22, 2005

400 mati gempa bumi di Iran

TEHRAN 22 Feb. - Hampir 400 orang terkorban manakala 5,000 lagi cedera apabila satu gempa bumi kuat melanda tenggara Iran awal hari ini.

Gempa bumi itu dilaporkan telah memusnahkan beberapa buah kampung dan sekurang-kurangnya sebuah kampung terputus hubungan kerana jalan tidak dapat dilalui.

``Seratus mayat telah dikeluarkan dari runtuhan dan 5,000 orang lagi cedera,'' kata ketua Hospital Universiti Kerman, Ali Sharifi.

``Tetapi pasukan penyelamat masih belum dapat masuk ke banyak kampung dan kami menjangka bilangan korban jiwa lebih tinggi,'' katanya di radio kerajaan Iran.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) memberitahu, gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter itu berpusat 60 kilometer ke barat laut bandar Kerman.

Televisyen Iran pula melaporkan kekuatan gempa bumi pada 6.2 skala Richter dan kebanyakan kerosakan berlaku di kawasan Zarand di wilayah Kerman.

Seorang pegawai perkhidmatan bencana alam di Kerman, Mohsen Salehi memberitahu, lima buah kampung di kawasan itu mengalami 20 hingga 70 peratus kerosakan.

``Kami telah menghantar dua buah helikopter ke tempat kejadian dan empat lagi akan berlepas ke tempat kejadian,'' katanya.

Kerajaan turut mengerahkan dua batalion askar untuk membantu operasi menyelamat.

Gabenor Zarand berkata, belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa di bandar Kerman tetapi gempa bumi itu menyebabkan bekalan elektrik di sana terputus.

Kawasan yang dilanda gempa bumi hari ini terletak kira-kira 200 kilometer ke barat laut bandar purba Bam di mana lebih 30,000 orang terbunuh dalam satu gempa bumi pada Disember 2003. - AFP

Saya ditahan orang yang menyayangi kami - Meutya

Saya ditahan orang yang menyayangi kami - Meutya
JAKARTA 22 Feb. - Meutya Hafid, wartawan stesen televisyen MetroTV yang dibebaskan pada Isnin selepas diculik di Iraq pada 15 Februari mengakui, sepanjang tempoh ditahan itu beliau dan jurukamera, Budiyanto berada di tangan orang yang menyayangi mereka.

``Alhamdulillah, kami selamat. Kami tidak berada di tangan orang yang jahat, kami berada di tangan orang yang menyayangi kami selama masa diculik,'' katanya dalam perbualan ringkas dengan ibunya Metty Hafid yang disiarkan secara langsung oleh MetroTV lewat malam tadi.

Sambil berulang kali mengucapkan kesyukuran, Meutya, 26, juga berkata para penculik bersenjata itu, yang menggelarkan diri mereka Jaish al-Mujahidin, tidak pernah sekali-kali melakukan sebarang perbuatan kasar atau menyakiti dirinya dan Budiyanto.

``Alhamdulillah, mereka bukan musuh kita. Mereka mungkin punyai musuh sendiri tetapi Indonesia dan warga negara Indonesia bukan musuh mereka.

``Tidak ada perlakuan kasar atau kejahatan sama sekali,'' katanya.

Meutya juga berkata tidak ada di kalangan penculik bersenjata itu yang berani menyentuh dirinya ketika ditahan di sebuah tempat terpencil di tengah-tengah padang pasir yang tidak diketahui lokasinya.

``Perlu saya tegaskan di sini bahawa hukuman bagi anggota Mujahidin yang berani menyentuh saya adalah hukuman mati di depan saya oleh pemimpin mereka dan alhamdulillah tidak ada yang menyentuh saya,'' katanya.

Budiyanto pula ketika menceritakan kebaikan kumpulan bersenjata yang menahan mereka berkata, bahawa pada malam pertama, mereka berdua terpaksa menahan kedinginan cuaca malam di padang pasir, `sehingga menyucuk ke tulang'.

``Tetapi selepas itu orang dari kumpulan penculik telah membawa selimut yang cukup tebal untuk kami dan tidak lagi terlalu dingin malamnya,'' katanya.

Mereka juga sama sekali tidak membongkar (kamera TV) atau cuba memainkan pita kaset rakaman di dalamnya untuk mengetahui apa yang di dalam tetapi hanya membawanya untuk menjaga keselamatannya, kata Budiyanto.

Berbual ringkas dengan isterinya Lestari dan anak perempuannya, Larasati, Budiyanto berkata beliau sihat dan mohon didoakan keselamatannya pulang ke tanah air.

Beliau juga gembira diberitahu isterinya yang mengandung tiga bulan anak kedua mereka bahawa kandungan itu sihat dan sudah diperiksa doktor.

Ketika temu bual itu berlangsung, mereka berada dekat sempadan Iraq menuju ke Jordan.

Di akhir temu bual itu, Meutya memberitahu pengacara di sini, Boy Noya, bahawa timbul sedikit masalah dengan pegawai sempadan Iraq dan mereka mungkin dikehendaki berpatah balik ke Baghdad sebelum dapat dibenarkan meninggalkan Iraq. - Bernama

Monday, February 21, 2005

Naratif Ogonshoto ‘seiras’ Sejarah Melayu

Naratif Ogonshoto ‘seiras’ Sejarah Melayu
Oleh Shaidah Shafie
Berita Harian 22 FEB 2005

PERTUKANGAN Naratif Ogonshoto (NO) diklasifikasikan sebagai halus, sarat perlambangan, mempamerkan akal budi dan ketinggian bahasa Melayu lama sekali gus mengingatkan khalayak kepada ‘Sejarah Melayu’ yang dibawakan Tun Sri Lanang (TSL).



Rumusan ini dibuat Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Mohamad Saleeh Rahamad, pada ‘Bicara Tokoh Pena: Diskusi Naratif Ogonshoto’ di Akademi Pengajian Melayu (APM), UM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“TSL dalam ‘Sejarah Melayu’ mengemukakan kritikan terhadap Raja pada masa itu tetapi lantaran kebijaksanaan TSL yang juga Bendahara menangani bahasa dan ayatnya sehingga tidak dipanggil pemerintah serta terlepas daripada sebarang hukuman,” katanya.

Ketinggian daya kreativiti TSL dikatakan terpercik pada NO dan keistimewaan yang dipamerkan Datuk Dr Anwar Ridhwan selaku pengarang NO jarang ditemui pada pengarang lain.

“Walaupun ada ramai pengarang lain tetapi kepandaian mengolah idea dalam bentuk yang penuh seni jarang ditemui selain peneliti sukar melabelkan NO sebagai genre novel atau cerpen kerana NO memenuhi kedua-dua kriteria terbabit,” katanya.

Bagaimanapun jika peraturan Standard Data Pengkatalogan Antarabangsa (ISBN) dijadikan sebagai rujukan dalam hal pengkategorian, maka NO tertakluk kepada cerita pendek dan diletakkan di bawah kategori cerpen.

NO sama seperti ‘Sejarah Melayu’, mencakupi beberapa bab dan boleh berdiri sendiri tetapi apabila digabungkan serta keseluruhan teks dibaca, ia muncul sebagai karya yang mempunyai maksud tertentu.

Selain itu, NO juga dianggap teks pasca kolonial kerana Dr Anwar mempelbagaikan teknik penulisan, tidak bergantung sepenuhnya kepada sastera moden dan kembali kepada tradisi dengan memasukkan unsur mitos, legenda di samping mengangkat tradisi pribumi.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mawar Shafei, berkata NO mengetengahkan persoalan politik, mempamerkan struktur cerita berbingkai dan ciri sastera tradisional.

“Tema NO pernah diterapkan dalam teks awal Dr Anwar. Struktur naratifnya pula cenderung kepada teks tradisional. Ada unsur lencongan oleh pengarangnya dalam NO. Membaca NO seolah-olah kita menziarah kembali karya awal Dr Anwar,” katanya.

Mawar mentakrifkan NO sebagai hiperteks manakala teks awal Dr Anwar sebagai hipoteks dan kedua-dua teks itu saling berkait selain beliau memperkembangkan hipoteks kepada hiperteks dengan pembaikian dan menukanginya dengan cemerlang.

“Secara zahir seperti wujud tradisi dalam kepengarangan Dr Anwar. Konsep lipur lara dalam novel sulungnya, ‘Hari-hari Terakhir Seorang Seniman’, yang mengangkat Pak Hassan sebagai penglipur lara turut dipindahkan ke dalam ‘Di Negeri Belalang’ dan NO,” katanya.

Seperti Saleeh, Mawar bersetuju mengenai persamaan bentuk ’Sejarah Melayu’ dengan NO dan menampilkan contoh Dr Anwar memulakan penceritaan watak pemimpin dan latar pembukaan negeri, dalam bab pertama NO, ‘Kolonial’.

“Proses transformasi kepengarangan Dr Anwar melalui teks terkini beliau jelas. Lima konsep kampung halaman yang positif yang diungkap Dr Anwar dalam NO, dapat dikesan dalam karya terdahulunya, ‘Jatidiri Pasca Asas 50’,” katanya.

Lima konsep itu ialah kehidupan berpaksi dan berputar pada agama dan budaya turun temurun; kebijaksanaan individu, keluarga dan masyarakat untuk memainkan peranan dan menghormati hak masing-masing; alam tabii dimanfaatkan dengan cermat, dipelihara dan dibangunkan untuk generasi akan datang; kehormatan adalah hak yang wajib dipertahankan serta golongan berada ada tanggungjawab terhadap yang kurang berada.

Mawar turut mengakui NO memperlihatkan keampuhan akar budaya dan bangsa pengarangnya, memperlihatkan kecenderungannya mengangkat isu politik secara intertekstual dari teksnya, ‘Di Negeri Belalang’ dan teks pengarang lain, ‘The Prince-Niccolo Machiavel’.

Serentak itu, Dr Anwar Ridhwan juga diakui memperlihatkan kesinambungannya mengarang karya yang menambah nilai terhadap soal kemanusiaan, kebenaran, hak serta keadilan.

----

Besok aku kan berangkat ke Kuala Lumpur untuk ke program Temu Penulis Kampus.

Friday, February 18, 2005

Siapa Pembunuh Laki-laki Ini

Si Penyembelih dan Belati Sakratul
(Buat Manadel al-Jamadi)


Cerita-cerita dari kamar besi di sana
sarat sengsara,
dan kau laki-laki malang
pemegang watak
roh yang derita,
si penyembelih itu
dengan sebilah sakratul
tiba-tiba berlagak seperti Izrail
memulas kepalamu.

Idea putus...

Sabtu 19 hb Feb 2005, aku merayap di sekitar bandar Tanah Merah.
Apa yang ada di bandar daerah ini yang boleh membuatkanku ingin datang
melainkan ada dua buah Cyber Cafe yang sarat dengan keriuahan budak-budak main game,
atau dengan harga 3 ringgit sejam, menipiskan wang dalam poketku.

Setelah menunggu 30 minit barulah ada kosong untuk satu pc itupun aku cepat dapat sebab yang menjaga CC ini adalah kenalan aku pada hari raya aidil adha lalu.

Tenggok saja berita kat dalam web Berita Harian hatiku tersentuh dengan kes dalam penjara Abu Ghraib. Manadel al-Jamadi tuan punya tubuh yang telah tiada nyawanya.

Aku nak buat sajak tiba-tiba idea putus, mungkin sebab tak tenang, suara budak-budak mengalahkan bunyi radio Manis FM yang sedang berkumandang lagu sedih-sedih. Mungkin beginilah putus kepalanya al-Jamadi.

Sebut nama al-Jamadi teringatku pasal sahabat aku yang bernama Jimadie Shah. Apa yang kau buat sekarang? Kalau kau baca weblog aku nie mu call aku deh.

Manadel al-Jamadi

Tahanan Iraq sah mati didera
(petikan dari Berita Harian 19hb FEB 2005)


GAMBAR fail 19 Mei 2004 menunjukkan askar wanita Amerika,
Sabrina Harman, memberi reaksi gembira bergambar di
sebelah mayat Manadel al-Jamadi yang kini disahkan
mati kerana didera. – Gambar Reuters

SAN DIEGO: Punca kematian seorang tahanan Iraq di penjara Abu Ghraib ketika disoal siasat Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) adalah disebabkan digantung dengan pergelangan tangannya diikat ke belakang.



Mayat tahanan dikenali Manadel al-Jamadi, itu sempat diambil gambar bersama beberapa askar Amerika yang tersenyum lebar dan diketahui berikutan skandal penderaan di penjara itu yang terbongkar tahun lalu.

Tentera Amerika hanya mengklasifikasikan kematian al-Jamadi yang ditahan secara rahsia, sebagai bunuh, tanpa menyatakan punca sebenar kejadian itu.

Namun, beberapa laporan dipetik agensi berita The Associated Press (AP) menunjukkan kematian al-Jamadi dalam kedudukan dikenali ‘Palestinian Hanging’ yang disifatkan kumpulan hak asasi manusia sebagai bukti didera kerana digantung dengan pergelangan tangannya diikat ke belakang.

Tidak diketahui sama ada tindakan menggantung mangsa pada kedudukan itu diluluskan pentadbiran Presiden George W Bush bagi kegunaan CIA dalam proses soal siasat. Agensi perisikan itu dan Jabatan Kehakiman bagaimanapun enggan mengulas laporan terbaru itu.

Sementara itu, laporan lain menyatakan satu dokumen terbaru tentera Amerika semalam mendedahkan perbuatan askarnya mendera tahanan di Iraq dan Afghanistan yang tidak dilaporkan sebelum ini.

Dokumen itu menyatakan, meskipun disiasat, ada kes ditolak atas alasan bukti tidak mencukupi.

Dokumen diperoleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) menerusi perintah mahkamah itu mendedahkan perbuatan seperti tahanan cedera teruk dipukul ketika soal siasat serta mulut disumbat dengan pistol bagi menakutkan mereka.

Kes paling serius membabitkan seorang tahanan Iraq di Tikrit mendakwa tangannya patah akibat perbuatan ganas beberapa askar Amerika berpakaian biasa.

“Mereka turut memijak muka, memukul kakinya dengan kayu besbol selain menyumbat mulutnya dengan pistol tidak berpeluru dan ditarik picu,” kata dokumen itu.

Tahanan lelaki itu turut mendakwa askar Amerika itu menjerut lehernya dengan tali ketika soal siasat beberapa hari. – AFP/AP

Monday, February 14, 2005

Tuesday, February 01, 2005

Rencana Sastera

Kampus gedung sasterawan
Oleh ANJAN AHZANA
7 Mac 2004
Mingguan Malaysia

TULISAN ini barangkali boleh mengangkat sejumlah besar nama penulis baru yang diyakini boleh membentuk segerombolan baru bagi mengarusi kesinambungan penulis yang datang dan pergi bagi setiap kurun.

Di bawah program pengembangan penulis baru khususnya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak harus dipertikaikan malahan wujudnya pelbagai program seperti Minggu Penulis Remaja (MPR), dan penerbitan majalah Tunas Cipta yang dikhaskan untuk memberi ruang kepada bakal penulis baru seperti mahu melengkapkan tanggungjawab itu.

Cuma keberkesanannya ke arah pembinaan jati diri penulisnya, di samping kesannya kepada mutu pengkaryaannya sama sekali harus dilihat secara lebih mendalam. Ada baiknya, pada tempoh lima tahun pertama penerbitan majalah ini, biarkan seramai mungkin anak muda menulis tanpa dihiraukan mutunya selagi layak dipanggil karya tetapi proses pembesaran harus dikawal dan sesudah itu sampailah waktu untuk mengemas kini kualiti karya di dalamnya pada tahap yang sepatutnya.

Penerbitan majalah Tunas Cipta, terbitan DBP yang dikira tepat kepada penulis baru dan agak kurang diberi perhatian oleh sebilangan besar para penulis tanah air.

Lantaran yang mengisi ruangnya ialah tangan penulis baru yang rata-ratanya agak ketinggalan dari segi mutu, teknik dan gaya penulisan tetapi apa yang lebih penting dan harus dilihat adalah hasrat yang mahu disampaikan dalam suara anak muda ini. Apa sebenarnya yang mereka mahukan dalam karyanya?

Bermula dari pertengahan tahun 2001, Tunas Cipta membuka laluan kepada semua anak muda yang mahu berjinak dalam dunia penulisan hinggalah ke hari ini laluan itu masih dilanjutkan, dengan tujuan meramaikan lagi khalayak menulis.

Dimaklumi bahawa kerja menulis adalah kerja murni dan kemurnian itu sebenarnya jalan kepada pembentukan warga yang berjasa.

Yakni yang mengetahui tanggungjawabnya kepada dirinya, kaum keluarganya malah ke peringkat lebih tinggi ialah kepada bangsa dan negaranya sendiri. Justeru antara matlamat lain yang harus ditekankan dalam dunia penulisan adalah kemurnian yang akhirnya mampu memurnikan seluruhnya. Pasti, melalui penulisan hasrat itu boleh dikemukakan dengan daya kekreatifan masing-masing.

Hinggalah dari tempoh itu sejumlah besar nama penulis baru telah muncul hasil dari ruang penerbitan itu seperti Muhd. Lutfi Ishak, Salman Sulaiman, Zanazanzaly, Rozais al-Anamy, Jimadie Shah, Wan Nor al-Tasnim Saad, Ghafirah Idris, Amalia Fauza Bohari, Ida Munira Abu Bakar dan Isa Romtie.

Tidak ketinggalan nama-nama seperti Zurairi Hanip, Wan Azman Wan Mamat, Dilah Tuah, Luciana Benjamin, Mohd. Salleh Hussin, Nur Hidayah Asari, Norizam Jamian, Noraini Othman, Sriwati Labot, Suhaila P. Mas, Rosmaini Mustafa, Catherine Tan May Lik, Nazira Mohd. Nur, Ruhana Md. Zaki, Ms. Dynn Marzuki, Azmoley Mohamed Aziz, Ummu Hani Abu Hassan, dan pelbagai nama-nama yang tidak diketahui dari mana datangnya.

Di sebalik nama tersebut - ramai yang lahir dari pelbagai program penulisan yang dianjurkan sama ada oleh badan induk DBP atau mana-mana persatuan penulis di seluruh tanah air. Selebihnya terbit daripada minat yang mendalam dalam diri seterusnya mengirimkan karya mereka dengan tujuan mendapat penyiaran di mana-mana media dan Tunas Ciptalah yang paling sesuai bagi peringkat permulaan ini.

Namun begitu, sudah pun berlaku fenomena di kalangan penulis baru ini gejala tumbuh-lenyap-hilang yang akhirnya mengganggu proses penerusan pengkaryaan dari satu tahap kepada tahap yang tinggi yakni dalam kematangan berkarya.

Adalah perlu dilihat kepada perkembangan sastera yang berlaku di kalangan mahasiswa negara jiran khususnya Indonesia, meskipun bukan tujuan mendewakannya tetapi kadangkala iktibar harus diambil sebagai usaha baru dalam pembenihan ke arah menumbuhkan nilai positifnya dengan menjenguk cara pendekatannya kepada golongan muda.

Agenda kesasterawanan seperti Sasterawan Bicara, Siswa Boleh Bertanya, dan Sasterawan Bicara, Mahasiswa Membaca yang telah dimulakan di beberapa universiti di Indonesia adalah terlalu baik dalam usaha mengembangkan minat dan bakat penulisan di kalangan mahasiswa mereka melalui pendedahan tersebut.

Pasti keluar masuk sasterawan mereka seperti Taufik Ismail, Hamid Jabbar, Supardi Djoko Damano, W.S Rendra, Emha Ainun Nadjib, Djamal D. Rahman, dan lain-lain lagi. Malahan budayawan seperti Asrul Sani, Novia Kolopaking ke kampus pasti meninggalkan sesuatu yang berharga ke dalam tubuh mahasiswa.

Di negara kita pada umumnya kekuatan mahasiswa lebih terserlah dalam soal kepimpinan atau kejayaan menjalankan program atau sebarang aktiviti kemahasiswaan dan selebihnya menerbitkan sekelompok mahasiswa yang memperjuangkan politik partisan.

Bakinya mahasiswa bermatlamatkan masa depan akademik, malahan ada sesetengahnya memilih untuk berada dalam ruang cacamarba yakni tanpa memiliki matlamat yang jelas atau disemat aspirasi tersendiri dalam melihat prospek diri.

Alangkah baiknya, ruang penulisan yang ada masa kini diambil perhatian oleh mahasiswa seluruhnya untuk sama-sama menyampaikan idea, pendapat, pandangan atau yang lebih maju adalah dengan menelaah karya sastera seterusnya menjadi salah seorang penulisnya untuk menikmati jurus dan posisi keindahannya.

Ruang mahasiswa yang sebenarnya tersedia untuk diisi dengan agenda kesasterawanan sewajarnya mencetuskan kesedaran betapa saluran ini boleh dijadikan pemangkin kepada pembentukan intelektualiti, kepekaan kepada peluang serta nilai kemanusiaan yang lebih murni yang akhirnya menumbuhkan nilai positif dan lebih bersifat benificial kepada khalayak mahasiswa.

Justeru, pimpinan mahasiswa melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di seluruh negara harus memulakan pendekatan ini dengan menjalin kerjasama dengan pihak yang berkuasa dalam bidang penulisan terutamanya DBP, GAPENA, atau mana-mana persatuan yang boleh dihubungjalinkan bagi merancang sesuatu program atau aktiviti yang menjurus kepada perkembangan dunia sastera selain membantu mengemukakan sebarang isu sastera mutakhir.

Lantaran itu pelbagai program seperti Mahasiswa Mendekati Sastera boleh dilaksanakan jika kecenderungan ini berlaku secara pantas di dalam kampus. Barangkali hayat usia sasterawan negara seperti A. Samad Said, dan yang mutakhir seperti S. Othman Kelantan tidak boleh dibiarkan hanya usai di hujung pena begitu sahaja tanpa ada impak kepada pembentukan karakter masyarakat muda.

Lantas, penulis-penulis baru yang masih berada di kampus sebenarnya mampu membina dominasinya tersendiri. Lalu, proses pembentukan kumpulan kecil yang boleh dimajukan sebagai platform ke arah proses pembesaran jika adanya perhatian dan galakan daripada pihak pentadbiran universiti.

Malah pimpinan pelajar sendiri dengan menjadikan agenda kesusasteraan sebagai wahana penting kepada pengembangan intelektual mahasiswa dan susilanya berserta world-view terhadap sebarang isu yang berlaku di dalam dan luar negara.

Diyakini bahawa penyertaan mahasiswa secara menyeluruh dari seluruh institusi pengajian tinggi di negara ini kepada dunia kesusasteraan akan membuka jalan penyelesaian terhadap masalah pembaca sastera yang makin terhad.

Untuk membaca sastera yang tinggi malahan absurd kadangkala memerlukan keupayaan intelektual yang jua sama dan itulah yang diharapkan berlaku dalam masyarakat kampus.

Lantaran orang dari kampus jualah yang banyak membuang masa berdampingan dengan telefon bimbit, chatting, coupling, dan beberapa aktiviti yang tidak memperlihatkan energi mahasiswa sebenar dan tanggungjawabnya kepada dunia ilmu.

Penglibatan mahasiswa secara serius dalam bidang sastera atau mana-mana penulisan ilmiah mampu membawa perubahan dalam mengubah tahap pemikiran mereka agar beralih kepada mengenal khazanah seni.

Ini akhirnya mampu memberi tahap pengetahuan luas, membentuk pemikiran kritis, dan menggerakkan daya kreativiti selain mengisi ruang kemahasiswaan untuk berdiskusi soal sejagat dan hubungannya kepada perkembangan masyarakat.

Penelaahan terhadap bahan ilmiah dan khazanah sastera ini menjadikan mahasiswa lebih mampu menguasai sejarah keagungan bangsa Melayu dan latar belakang bangsa yang boleh dikenal melalui karya sastera demi melahirkan semangat cintakan negara dan membina susila perpaduan.

Secara optimis, jika ada hubungan antara persatuan pelajar dari seluruh universiti di negara kita untuk berkerjasama dengan birokrasi kerajaan seperti DBP, dan persatuan penulis seperti Gapena, Pena atau mana-mana persatuan negeri.

Pastinya akan berlaku satu gelombang besar-besaran mengajak kelompok mahasiswa untuk mendekati sastera. Lantas, ada kemungkinan wujudnya gerombolan baru penulis muda yang menjadikan kampus sebagai pusat pengembangan sastera dan atmosfera ilmiah.

Lalu mampukah mengambil alih cara hidup mahasiswa masa kini yang lebih bersifat antiintelektual dan anti-establishment, dan lebih mendukacitakan ada segelintir atau makin bertambah di kalangan siswa lebih suka memilih kota lifestyle sebagai cara penggantungan rohani untuk melekatkan diri mereka di pusat hiburan dan secara beransur menuju kepada eskapisme.

Maka, kekosongan ruang sastera perlu mengisi mereka untuk melahirkan masyarakat muda yang murni. Selain, karya yang bermutu turut mengimbangi kepada pertumbuhan masyarakat yang susila.

Ulasan

Karya - Cabaran potensi penulis
Oleh Azman Ismail
12 Oktober 2002
Utusan Malaysia

BEBERAPA buku karya penulis muda yang dianggap bermutu menjadi pilihan sarjana sastera untuk dibincangkan di Pahang, baru-baru ini. Perbincangan ini adalah sebahagian program pelancaran Saketariat Penulis Muda GAPENA (SPMG) bagi negeri Pahang.

Usaha ini jelas memperlihatkan keseriusan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) memperkenalkan penulis muda kepada masyarakat tempatan. Lebih menarik apabila karya-karya ini dibicarakan oleh mereka yang memiliki nama mapan dalam sastera tanah air.

Novel Hidayah Si Gadis Cilik karya Amaruszati Noor Rahim dibicarakan oleh Dr. Othman Putih. Kumpulan puisi Tamtama karya Anjan Ahzana dibicarakan oleh Imlan Adabi manakala kumpulan puisi Usrah Perjalanan karya Khairul Bariah Arup menjadi bahan sorotan Prof. Madya Dr. Siti Zainon Ismail.

Othman ketika memperkatakan karya Amaruszati melihat novel tersebut sebagai kejayaan kreatif penulisnya selepas kehadiran beberapa novel terbaiknya seperti Bila Sena Kembali Berbunga (1995) dan Bila Sena Kembali Berbunga II (2000).

``Dalam karya ini, saya melihat Amaruszati menggunakan pengalaman semasa kecil untuk mengolah dan menyusun kronologi nostalgia. Ini termasuklah pengalaman budaya yang identik dengan kehidupan masyarakat desa agraris.

``Ketara sekali pengarang membicarakan pengalaman budaya seorang kanak-kanak bernama Hidayah dalam kehidupan keluarga yang serba payah, miskin tetapi gigih, yakin diri, bermaruah dan mengutamakan kesopanan serta nilai-nilai murni,'' katanya.

Menurut Othman, kekuatan novel ini ialah kemampuan pengarangnya mengetengahkan unsur protagonis Hidayah itu sendiri sebagai gadis cilik yang pintar, penyayang dan disenangi oleh semua orang.

Beliau berpendapat, kesemua pengalaman waktu kecilnya diolah dengan dengan baik sehingga menjadi sebuah jalan cerita yang berkesan. Keberkesanan menggarap cerita ini dapat menyampaikan mesej sebenar dalam novel ini secara berkesan.

Bagi Imlan Adabi, kumpulan puisi Tamtama karya Anjan pula merupakan percubaan penulis muda ini untuk bergelumang dengan bahasa dan kematangan kata dalam dunia puisi.

Menurutnya, puisi-puisi karya penulis kelahiran Kelantan ini adalah pengembaraan kehidupan yang tiada penamatnya seperti disiplin yang tidak habis diterokai sehingga setiap kejadian adalah menjadi tema puisinya.

``Sebahagian puisinya mempunyai renungan dan falsafah yang menarik. Disiplin ilmu yang ditimba secara terancang telah mematangkan kepengarangannya. Ternyata Anjan memanfaatkan pengalaman kehidupannya dengan berkesan,'' tegasnya.

Imlan berpendapat, dalam beberapa puisi, Anjan cuba berfalsafah tentang alam seperti makna sungai yang sentiasa mengalir ke muara sebagai perjalanan hidup dan sisa pengalaman yang paling berharga.

Pada sisi lain, beliau mentafsir penulis muda ini agak langsung membicarakan sesuatu isu tanpa melihat lapisan makna kedua seperti kebanyakan karya-karya penyair realis tempatan, terutamanya Zahari Hasib dan Leo AWS.

Sementara itu, kumpulan puisi Usrah Perjalanan karya Khairul Bariah pula menurut Siti Zainon banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai keislaman yang kuat sehingga karya ini terlihat sebagai percubaan menerobos sastera sufi.

``Namun, jika diteliti, penulis ini belum mampu menerobos ke unsur Islamiah. Bagaimanapun, ia tetap membuktikan Khairul Bariah mempunyai kesedaran untuk mencari nilai-nilai peribadi dengan landasan murni,'' katanya.

Beliau berpendapat, penulis ini wajar menimpa lebih banyak pengalaman dan pembacaan dalam usaha memantapkan lagi karyanya sebagaimana penyair besar lain.

Kesimpulan dari perbincangan ini dapatlah dikatakan bahawa kehadiran penulis muda ini akan dapat mengisi kekosongan genre puisi dan novel sekiranya mereka konsisten berkarya. Kehadiran mereka yang berani menyuarakan pendapat melalui sastera dianggap potensi paling besar untuk menjadi aset negara.

Rencana Agama

Kesedaran beragama - Mungkinkah sekadar nama?
Oleh ANJAN AHZANA

Tidak mampukah Islam dalam ajarannya mengawal peribadi penganutnya daripada melakukan maksiat atau perihal maksiat yang lain?

Dimaklumkan bahawa kehidupan sekitar ibu kota atau mana-mana bandar, pasti keadaan masyarakatnya boleh ditafsir sejauh mana penghayatan dan kepatuhan kepada ajaran Islam melalui pandangan mata yang disorot pada sebelah malam atau siangnya.

Pastinya remaja yang sering kali dikaitkan dengan keruntuhan sosial melalui kes-kes yang ditimbulkan seperti pesta seks, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, pil-pil khayal dan seribu macam masalah yang akhirnya memberikan tanda tanya, adakah ini satu pilihan untuk mereka mencari keseronokan jiwa melalui jalan eskapisme.

Wujud pertanyaan, adakah kita `Islam' hari ini disebabkan desakan naluri untuk memilih berada dalam agama sebagai tempat penyerahan jiwa dengan meluahkannya melalui satu bentuk hubungan dengan Pencipta semesta?

Ataupun kita Islam hari ini, lantaran warisan nenek moyang yang meletakkan nama Islam sebagai tanda beragama, selebihnya mengabaikan tentang apa sebenarnya yang diterapkan Islam melalui al-Quran tentang penghayatan jiwa untuk menjadi penganut yang beriman, melakukan perbuatan yang baik dan mulia, serta berada dalam ruang kemanusiaan dengan begitu sempurna.

Justeru, berlaku kesilapan dalam masyarakat untuk membenihkan kesedaran beragama sebagai tempat pengisian jiwa, cara luahan perasaan dalaman kepada satu kuasa besar yakni Allah s.w.t melalui solat, doa, muhasabah, zikir, munajat dan aktiviti-aktiviti ibadat yang lain.

Kehilangan `ruang rohani' ini mengakibatkan remaja kehilangan tempat bergantung atau sering `kekosongan jiwa' untuk mencari makna kehidupan dan mengenal secara dalamnya diri sendiri.

Lantas, apa yang mendorong mereka keluar daripada `jiwa' dengan memilih cara kepuasan tersendiri, sama ada berada pada jalan baik atau salah?

Kebanyakan mereka akan cepat terpengaruh untuk berada dalam ruang hiburan semata bagi mengisi kekosongan ini.

Apatah lagi kepada remaja yang lahir dalam keluarga kucar-kacir, tekanan kemiskinan, kesempitan tempat tinggal, atau masalah lain yang akhirnya terpinggir daripada nilai-nilai kehidupan Islam, mengundang mereka untuk mencari penyelesaian lain.

Tanpa kekuatan agama yang mengakari jiwa secara utuh, pastilah akan merapuhkan ketahanan diri daripada melakukan perkara yang di luar batasan agama.

Firman Allah menegaskan betapa perlunya berpegang kepada ajaran Islam yang disampaikan melalui rasul-Nya dan melalui kitab-Nya al-Quran demi mencari ketenteraman jiwa yang mampu mengelakkan daripada terdedah kepada ruang maksiat.

``Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu (firman-Mu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta hikmah kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (daripada syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'' (Al-Baqarah : 129)

Manusia tanpa agama, pasti mengakibatkan berlaku `kacau bilau' dalam sesebuah masyarakat.

Jika dilihat sewaktu zaman jahiliyah bagaimana porak-peranda masyarakatnya dengan peperangan antara kabilah, wujudnya penindasan terhadap kaum wanita, dan meluasnya adat-adat yang di luar sifat keperimanusiaan seperti penanaman bayi perempuan lantaran sikap memandang rendah kepada martabat perempuan, dan segala bermacam hal yang begitu mengharu birukan makna kehidupan lantaran tiadanya sistem pegangan yang teratur dan jalan yang benar.

Hari ini, kekeruhan sosial yang berlaku dalam masyarakat di negara kita pada peringkat serendahnya yang menyalahi tabii manusia seakan mahukan `penjernihan semula'.

Ini disebabkan Islam sebagai agama harus didalami sepenuhnya oleh semua golongan masyarakat agar mampu mengembalikan kehidupan yang lebih mulia, sejahtera dan aman.

Aspek ini dilihat betapa perlu diambil berat oleh semua masyarakat kerana inilah jalan yang sebenar yang mampu mengembalikan nilai kehidupan diri dan anak-anak bahkan dalam sesebuah keluarga hinggalah ke dalam masyarakat seterusnya.

Justeru, apa yang amat penting adalah kesedaran beragama harus ditanya dalam jiwa agar adanya muhasabah yang akhirnya menjawab: Kenapa Islam yang dianuti ini perlu diselami dan dihayati secara menyeluruh agar terlahir dalam jiwa makna kebahagiaan, tentang sebuah kehidupan yang sebenar, terisi jiwa dengan ketenangan melalui pelaksanaan ibadat kepada Allah serta mampu menghasilkan sebuah masyarakat yang sepadu melalui unsur persepakatan yang dianjurkan oleh Islam.

Firman Allah s.a.w.: ``Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: ``Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.'' (Al-Baqarah ayat 132).

21 Oktober 2003
Utusan Malaysia